Mari kita ke Pantai BNO.

 

[Pantai-BNO-Sabak-Bernam.jpg][06_13_02.jpg]

Hujung minggu lepas, kebetulan selepas singgah ke rumah pak long saya di Sabak Bernam. Agak lama saya tidak pulang ke tempat asal dan kelahiran saya di pekan lama ini. Selepas menghadiri majlis perkahwinan sepupu di rumah pak long tersebut, saya berkira-kira hendak berjalan ke bandar Teluk Intan, tetapi isteri mengajak saya ke pantai BNO.

Apa yang menarik di Pantai BNO?

Pantai BNO (BNO adalah nama singkatan Bagan Nakhoda Omar) terletak di daerah Sabak Bernam dan untuk ke sana, anda kena mencari simpang menuju ke Sungai Air Tawar dan Bagan Nakhoda Omar ( sekiranya anda datang dari arah Kuala Lumpur, Kuala Selangor atau Kelang )

Dari segi kebersihan, saya boleh katakan tempat ini biasa sahaja. Sampah masih boleh didapati di mana-mana, cuma sampah tidak jatuh ke dalam air atau di tepi batuan-batuan pantai. Mungkin kerana pihak majlis ada menyediakan tong sampah dan amaran yang diberi oleh pihak berwajib untuk tidak membuang sampah ke laut.

Saya tiba di Pantai BNO ini pada sebelah petang dan apa yang dapat saya lihat, agak ramai pengunjung-pengunjung yang datang ke sini untuk bersiar-siar, makan petang di medan selera (terkenal dengan mee udang nya) atau untuk pergi ke kelong  untuk memancing.

Di bawah ni gambar mee udang yang sempat saya rakamkan sendiri.

<KENOX S760  / Samsung S760> <KENOX S760  / Samsung S760>

 

Bagaimana? Sedap tak? Memang terliur le….

Kalau anda suka memancing atau sememangnya kaki pancing sejati, anda boleh mendapatkan perkhidmatan bot di jeti Kelong Paradise Waterfront  untuk ke Kelong Paradise yang terletak nun jauh ke tengah laut sana. Di sana anda boleh memancing atau pun kalau anda suka, boleh tidur sekali di kelong tadi.

Saya tidak memilih untuk ke Kelong Paradise sebab saya ke sana bersama anak dan isteri, lagi pun dah senja pada waktu saya sampai. Memang tidak sesuai.

Gambar jeti Kelong Paradise dengan kelongnya sekali saya pinjam dan siarkan di blog ni atas ikhsan http://cutikedesa.blogspot.com/

Jika anda berminat untuk singgah ke pantai di sebelah barat semenanjung, terutamanya di Selangor, apa kata sekali sekala singgah di Pantai BNO? Menikmati mee udang yang lazat ni.

Bila datang pada waktu senja ni, anda akan dapat melihat matahari terbenam nun jauh di sebelah laut sana. Indahnya ciptaan Allah.

<KENOX S760  / Samsung S760> <KENOX S760  / Samsung S760>