Buat duit online dengan hanya menulis email. USD9 per email. WOW!!!!

Untitled

Sedang saya sedap-sedap membaca email, maka terpandanglah saya akan satu email scam dihantar ke mailbox email. Saya tidak tahu siapa pengirimnya kerana ditandakan sebagai ‘Disclosed Receiption’. Hai entah lee…

Saya pun membuka email yang dihantar tadi walaupun saya tahu ia adalah scam. Sebab saya tertarik dengan tajuk email tersebut. Buat Duit Online RM9000 sebulan dengan hanya menulis email.

Apabila melayari website ni (http://www.buatduitonline.net/index.php) , saya membuat kesimpulan berikut:-

1.) Belum ada bisnes atau perkhidmatan yang menawarkan USD9 sebagai ganjaran bagi setiap email yang dihantar. (USD9 lebih kurang duit kita RM28)

2.) Untuk join bisnes ni, anda kena membayar sebanyak RM40. Boleh dibayar melalui Maybank2u atau pun E-Gold.

3.) Testimonial (kononnya bukti yang website ini betul-betul menjana pendapatan) agak meragukan. Sekali pandang betul-betul macam real punya.  Tetapi dua kali pandang, gambar macam biasa tengok kat Facebook je.. Ambik gambar orang lain kat facebook, lepas tu kononnya mereka lah yang berjaya membuat pendapatan sampingan hanya dengan menulis email.

Untitled

Yang kelakarnya ialah pada gambar transaksi maybank2u tu, kenapa tahunnya 2007? Bisnes ni start 2007 ke? Website designer dicatatkan pada 2009. Mana satu yang betul?

image

4.) Website ini tidak dinyatakan secara jelas tentang pemilikan website itu sendiri. Saya tidak dapat mengetahui siapa pemiliknya, atau syarikat apa kah ni?

Yang lebih buruk lagi, di sudut sebelah kanan skrin tu… kalau anda pergi tengok betul-betul, gambar apa tu?

Kesimpulan yang saya buat, website ini adalah satu lagi penipuan yang dilakukan oleh rakyat Malaysia sendiri yang mahu menjahanam dan mem ‘papa kedana kan’ bangsa kita sendiri.

Ada siapa yang join ke website ni? Kalau dah kaya bagitau le.. Baru konfirm aku join!