Buat Duit 10 minit le konon?

image

 

Mungkin cerita yang saya tulis ni dah basi. Tapi bagi saya, mahu sahaja hendak memberi penghinaan terbuka terhadap beberapa IM markerter yang menjual produk ebook ‘sampah’ melalui internet. Dah le jual bukunya mahal, lepas tu isinya entah ape-ape je….

Sebuah ebook yang berjudul ‘Rahsia-rahsia teknik Duit Dalam 10 minit’.  Edisi pertama ebook ini telah diterbitkan ke alam internet pada tahun 2008 dan website ebook ni (squeeze page atau ‘landing page’ bagi mempromosikan ebook tersebut) telah ditutup. Pengumuman ringkas dibuat melalui blog yang sengaja dicipta untuk memberitahu pembeli yang website mereka telah ditutup.

Anda boleh membaca pengumuman penutupan website mereka di sesawang ini (http://duit10minittutup.blogspot.com/)

Ebook ini tidak diketahui siapa penulisnya yang sebenar-benarnya yang menulis ebook berbentuk ‘cepat kaya’ ini. Walaupun ebook ini hanya boleh dibeli melalui online, tetapi yang menjadi persoalannya kenapa ebook ini boleh pula di muat turun melalui SCRIBD?

Saya tidak mahu mengupas dengan lebih mendalam tentang isi kandungan ebook Duit 10 minit ni, tetapi bagi yang dah terbeli, anda pasti menyesal dengan isi kandungan ebook ni, serta maklumat-maklumat yang ada di dalam kandungan ebook Duit 10 minit yang bagi saya, lebih kepada maklumat ‘sampah’.

Penulisan ebook ini sebenarnya boleh difahami kerana penceritaan yang mudah, tetapi ada maklumat yang ditulis ketika itu (tahun 2008) sebenarnya sudah tidak boleh lagi digunakan untuk menambah pendapatan. Sebagai contoh, mengeksploitasikan website ‘Matched.co.uk’. Walhal, website Matched.co.uk dah tak wujud pun. Begitu juga dengan penerangan mengekploitasikan website Yahoo Answer, seolah-olah mengajak pembaca menjana pendapatan dengan cara menipu.

Anda boleh membaca ebook ini secara percuma di halaman ini kerana mungkin ada orang yang sakit hati, telah memindahkan ebook ini di SCRIBD.

http://www.scribd.com/doc/7369719/Buku-Panduan-Duit-10-Minit2

Terpulang kepada anda sekiranya anda mahu mencuba untuk menggunakan teknik duit 10 minit ni. Bagi saya, ia hanya retorik semata-mata. Tak mungkin duit mudah akan dapat hanya dengan 10 minit online di internet. Orang yang sekaya Irfan Khairi tu pun kena ambik masa 2 ke 5 tahun untuk berjaya, ni kan pula 10 minit?