Bermulalah coretan baru di bulan Jun

Image

Agak lama juga saya tidak menulis di dalam blog ‘kesayangan’ saya ni. Dan hampir sebulan juga saya ‘bercuti’ dari menulis di blog kerana kesibukan tugas pada akhir bulan Mei dan pada awal bulan Jun.

Hmm, oleh kerana saya mempunyai kelapangan untuk menulis, rasanya ada beberapa topik pada bulan ini yang rasanya saya perlu fikirkan apa yang hendak ditulis.

Kalau hendak menulis pasal ‘personal life’ saya untuk bulan lepas. Baik tak payah! Ada beberapa perkara yang saya boleh berkongsi berkenaan dengan personal life, tetapi ada yang tidak boleh. Ye le kan, macam artis kat Malaysia ni…, semua perkara tidak boleh kongsi.

Dalam penulisan saya yang lepas-lepas, banyak isu semasa yang saya tulis dan ada beberapa respon yang baik ( tetapi ada juga respon yang tak puas hati). Untuk idea saya yang seterusnya, saya nak kurangkan cerita-cerita isu semasa kerana isu semasa yang ada di Malaysia sekarang ni, masih belum dapat diselesaikan oleh masyarakat sendiri.

Kalau tulis panjang-panjang berkenaan isu semasa, tetapi jika masyarakat Malaysia ni masih tak sedar diri, susah juga kan?

Bagaimana pula kalau saya menulis bidang ilmiah pulak? Kalau saya nak ‘goreng’ cerita ilmiah memang tak boleh, kerana ia bermain dengan fakta. Tak boleh main sebarang tulis aje. Nanti ada kena tolak kat gaung sebab salah tulis.

Tapi bagi bulan Jun ni, saya fikir saya hendak buat lebih banyak ulasan pada tulisan-tulisan orang lain di blog masing-masing. Terutamanya blog yang berinformasi.

Nak dipendekkan cerita.. sebenarnya apa yang perlu saya tulis?