Apa cerita blog IM Din Beramboi?

untitled

Agak lama saya tidak menjengah blog yang satu ini. Penulis blog ni memperkenalkan dirinya sebagai Din Beramboi juga.. Jangan salah anggap. Ini bukannya blog kepunyaan arwah Din Beramboi pelawak tu…

Yang Din Beramboi ni sebenarnya adalah seorang usahawan internet yang mengusahakan perniagaaan berbentuk e-dagang dan juga Vemma. Ketika saya belum mempunyai internet sendiri, saya gemar juga melepak di blog si Din ni untuk mendapatkan tips-tips perniagaan melalui internet. Banyak nasihat dan tips berguna yang saya perolehi dari blog si Din ni.

Tetapi itu cerita setahun yang lepas.

Blog Din Beramboi ni seolah-olah dah nyawa-nyawa ikan kerana sudah hampir setahun tak update-update pun. Saya rasa rindu pula dengan tips-tips atau informasi yang dicurahkan oleh si din, tetapi ke mana kau menghilang Din? Sesibuk mana pun kau, takkan tak ada  cerita terbaru.

Kepada sesiapa yang mengenali si Din Beramboi IM ni, suruh le dia update semula blog dia ni.. Kalau tak, kita akan kehilangan seorang lagi penulis blog berbakat.

Blog Din Beramboi IM ni boleh dilawati di sini ==> http://blog.dinberamboi.com/