Wajarkah subjek sejarah dipinggirkan?

image

 

Anda minat subjek sejarah? Kenapa kita harus mempelajari subjek sejarah dan apa keperluan subjek sejarah di sekolah?

Saya adalah “menemu ramah” beberapa orang pelajar sekolah terutamanya dari tingkatan 1 dan 2 tentang subjek sejarah. Rata-rata mereka mengatakan subjek sejarah adalah subjek yang membosankan, selain dari subjek Bahasa ( Melayu dan Inggeris ) dan Matematik.

Wow. Subjek sejarah membosankan? Adakah benar begitu dan kenapa pelajar di alaf 2000 an sekarang tidak minat subjek sejarah?

Di antara alasan mereka kenapa mereka tidak minat subjek sejarah.

i.) Terlalu banyak tarikh yang perlu diingat. Contohnya tarikh pembukaan Pulau Pinang oleh bangsa penjajah yang diketuai oleh Sir Francis Light. Kalau anda sendiri, ingat tak tarikh keramat tu? Terutamanya bagi penduduk Pulau Pinang sendiri?

ii.) Terlalu banyak tokoh-tokoh yang perlu diingati. Dalam subjek sejarah, memang banyak nama dan tokoh yang perlu diingat.

iii.) Cikgu yang mengajar pun macam tak berminat nak mengajar subjek terulung ni. Ye le kan, kalau guru tersebut handal dalam subjek Matematik, tiba-tiba kena mengajar subjek sejarah mana kena dengan selera!

iv) Terlalu banyak peristiwa penting yang haus diingat oleh pelajar. Contohnya tarikh penubuhan Malaysia, perpisahan Singapura dari Malaysia dan tarikh kemerdekaan negara. Ye ke banyak?

Itu di antara 4 perkara yang saya pilih mengapa pelajar sekarang tidak berminat dengan subjek sejarah. Seolah-olah sejarah tidak penting atau relevan untuk diajar atau dipelajari. Bagi saya alasan pelajar-pelajar tadi, walaupun rasanya tak logik langsung, kerana itu adalah jawapan daripada pelajar yang sememangnya malas nak belajar (atau tidak berminat), tetapi jika diambil kira, ia amat membimbangkan kerana mereka tidak mahu belajar subjek sejarah.

Subjek sejarah sebenarnya penting bagi setiap negara, termasuk juga Malaysia kerana melalui subjek sejarah, kita akan tahu peristiwa-peristiwa yang lepas dan supaya generasi sekarang tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang sama seperti mana datuk nenek atau moyang kita terdahulu. Subjek sejarah juga memperkenalkan kepada kita sosio budaya, ekonomi dan kehidupan di masa lampau.

Bagaimana untuk menarik pelajar-pelajar ini supaya berminat dengan subjek sejarah, dan supaya subjek sejarah masih relevan dalam subjek teras di sekolah menengah?

adakah :-

1.) Subjek sejarah diajar dari sekoalah rendah bermula dari darjah 4. Tetapi hanya perlu memperkenalkan asal usul manusia, dan tarikh-tarikh penting sahaja.

2.) Mewajibkan supaya subjek sejarah ‘wajib’ lulus sekiranya pelajar-pelajar mahu melanjutkan pelajaran di Universiti  dalam bidang kesusasteraan dan undang-undang?

3.) Hanya diajar perkara yang penting sahaja dan tidak meleret-leret dalam sublek sejarah?

Apa pendapat kawan-kawan semua?