Terima kasih cikgu..!!!

image

 

Esok, 16hb Mei adalah hari Guru. Sambutan Hari Guru disambut di seluruh Malaysia pada tarikh keramat ini pada setiap tahun bagi menghargai peranan guru-guru sebagai pendidik kepada bangsa dan negara.

Kalau di sekolah dulu, setiap tahun anak murid akan memberi hadiah kepada guru-guru kesayangan mereka. Ada yang memberikan cikgunya baju, alat tulis dan tak lupa juga sejambak bunga, terutamanya pada cikgu-cikgu yang cun… maklum le.. pelajarnya semua lelaki… Tetapi tidak kurang juga ada le pelajar-pelajar nakal memberikan hadiah yang bukan-bukan.. contohnya sepender… (seluar dalam).

Tetapi peranan guru sebagai pendidik haruslah kita hargai seadanya. Hari guru bukan hanya perlu disambut di antara anak murid dengan guru di sekolah sahaja.. Apa kata kalau kita yang bekas pelajar ni sama-sama datang ke sekolah yang penuh nostalgia tu… berikan hadiah ke.. sejambak bunga ke… atau paling tidak, ucapkan selamat hari guru. Itu pun dah memadai.

image

Di kesempatan ini, saya mahu mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh guru-guru di Malaysia, tidak lupa juga pada isteri saya Norziyana yang juga akan jadi guru, dan cikgu-cikgu yang saya kenali ketika belajar di Sekolah Keb Pasir Gudang 1, Johor (SKPG1), Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru (English College) dan juga pensyarah-pensyarah di UTM, dan juga sesiapa yang pernah mengajar saya di mana-mana juga. Kira guru le juga…

Selamat Hari Guru cikgu….!!!

Nota : Terima kasih juga pada tuan punya gambar di atas.