Skuad Piala Thomas 2012 perlukan muka baru.

image

Walaupun ada yang menganggap cerita Piala Thomas 2010 dah basi untuk diceritakan, tetapi setakat blog ini ditulis, masih ramai lagi walaupun di mana jua di ceruk Malaysia ini masih bercerita tentang kegagalan skuad utama Malaysia merampas Piala Thomas selepas 18 tahun kempunan. Tetapi rakyat Malaysia ‘dikempunankan’ lagi sekali dan Malaysia perlu menunggu 2 tahun lagi untuk membawa pulang Piala Thomas untuk diletakkan di rak BAM.

Rata-rata kebanyakan orang mengatakan skuad Piala Thomas kali ini amat mengecewakan walaupun Malaysia mempertaruhkan pemain nombor satu dunia dan beregu nombor 1 dunia. Tetapi Malaysia kehilangan mata daripada kedua-dua orang harapan kita ketika berlawan dengan skuad China pada peringkat semi final.

Telahan jurulatih dan pengurus skuad Piala Thomas China yang berlagak dan angkuh yang mengatakan skuad Malaysia mempertaruhkan ‘kuda tua’ mungkin ada benarnya.

Kita terlalu mengharapkan Lee Chong Wei untuk mendapatkan mata, tetapi Lee Chong Wei kalah kepada Lin Dan kerana beban yang dipikul oleh Lee Chong Wei terlalu berat bagi memperoleh mata. Kalau pada perlawanan pertama dah tumpas, maka yang lain-lain pun turut terkena tempias. Lee Chong Wei ketika ditemuramah oleh wartawan, beliau tidak menafikan yang dia tidak bermain dengan baik pada malam kekalahan tersebut. Mentalnya tertekan apabila dia sendiri pun tak tahu macam mana nak halakan bulu tangkis dan gelanggang rasa macam kecik sangat. Ke pasukan China main bomoh ‘Wong Fai Hung’?

Apa pun BAM terpaksa menyediakan skuad pelapis bagi menggantikan pemain yang sedia ada dan akan bersara. Lee Chong Wei  mungkin boleh bermain untuk 2 tahun lagi, tetapi apa kata andainya dia cedera untuk tournament yang seterusnya?