Pendidikan Seks hendak sangat, tetapi kes pembuangan bayi terus berlaku. Bila akan berakhir?

Sebenarnya saya malas nak ulas panjang-panjang atau menulis tajuk yang sama berkaitan dengan pendidikan seks. Kes pembuangan bayi. Saya rasa dah ramai yang menulis tentang kes pembuangan bayi, kejadian penyakit sosial yang menjadi duri dalam daging masyarakat kita sekarang.

Persoalannya, apakah dengan cadangan-cadangan daripada beberapa pihak, terutamanya Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk memaksa menyediakan kurikulum khas (atau pendidikan khas) bagi pendidikan seks wajar dilaksanakan?

image

Pada ketika saya belajar dulu di sekolah (batch kami adalah yang pertama untuk KBSM), pendidikan seks ini sebenarnya diajar seawal tingkatan 1 lagi. Iaitu dalam pendidikan Islam, tetapi ia bukanlah secara ‘directive’. Dalam pendidikan islam tingkatan 1, kami diajar sebab mewajibkan mandi (mandi wajib). Salah satu di antara sebab mewajibkan mandi ialah kerana persetubuhan di antara lelaki dan perempuan. Ada le beberapa kawan saya yang sengal bertanya kepada guru. Apa maksud bersetubuh? Mahu tidak mahu cikgu yang mengajar terpaksa memberitahu apa pengertian bersetubuh. Maka satu kelas pun asyik ketawa berdekah-dekah. Ya le kan, pendidikan seks awal.

image

Di tingkatan 3, subjek sains sebenarnya memberi penerangan yang lebih terperinci tentang organ seks, persenyawaan di antara telur dan sperma dan akhirnya bagaimana zuriat (gamet) terbentuk menjadi manusia.

Kalau nak dikatakan pendidikan seks amat perlu, pada pendapat saya pula ia sudah tidak menjadi keperluan lagi, kerana di sekolah sebenarnya sudah diberi penerangan tentang bagaimana manusia membiak melalui subjek sains dan pendidikan islam sehingga ke tingkatan 5. Maka kenapa masih berlaku lagi kes-kes pembuangan bayi di Malaysia.

Ini bergantung kepada mentaliti atau kesedaran pada si pelaku, sama ada mahu bertanggungjawab atas apa yang berlaku, atau mahu lari dari tanggungjawab.

Mereka yang masih muda ini mahu berseronok sambil mahu mencuba kenikmatan seks, tetapi tidak tahu akan akibat di belakang hari. Inilah yang berlaku pada anak-anak muda kita sekarang. Ada sesetengah kes, didapati pelajar seawal darjah 5 pun dah pandai meraba sana sini dan mencuba buat seks. Walhal belum belajar pun seks itu untuk apa?

image

Salah satu cara yang boleh mengurangkan kes pembuangan bayi ini ialah menggalakkan belia atau muda-mudi terbabit dengan aktiviti-aktiviti keagamaan dan menubuhkan satu unit khas untuk melindungi wanita-wanita yang hamil anak tidak sah taraf (dulunya dipanggil anak luar nikah). Tetapi adakah wanita-wanita yang mengandung anak tidak sah taraf ini tahu akan kewujudan unit perlindungan ini.?

Dan apa yang lebih penting, undang-undang. Bila agaknya undang-undang boleh diperbahaskan semula bagi mendakwa bapa kepada bayi yang dibuang tadi, Kenapa hukum ibunya sahaja?

image