Pasukan Badminton Malaysia kalah dengan pasukan Jepun.

image

Baru sebentar tadi saya menyaksikan di TV perlawanan badminton Piala Thomas, perlawanan dalam kumpulan B di antara pasukan negara kita menentang Jepun. Saya menjangkakan yang pasukan negara kita mudah menewaskan Jepun. Tetapi nampaknya keputusan adalah sebaliknya. Kita kalah dengan 3 – 2. Mata pasukan Malaysia diperolehi menerusi Datuk Lee Chong Wei dan pasangan beregu negara Tan Boon Heong/Koo Kian Keat. Mata terakhir negara yang diharapkan melalui penentuan Rubber Set daripada Mohd Hafiz Hashim, kandas akhirnya ditewaskan oleh Shoji Sato.

Walau bagaimana pun, Malaysia dan Jepun layak ke suku akhir, tetapi Jepun menjadi juara kumpulan.

Ketika menonton perlawanan badminton itu tadi, nyata yang betul-betul bersemangat bermain adalah Lee Chong Wei dan Tan Boon Heong/Koo Kian Keat. Wong Choon Han bermain macam gugup aje… semua taktik dan servisnya nyata langsung tak menjadi. Begitu juga dengan En Hafiz kita, terlalu banyak kesilapan yang jelas dilakukan oleh beliau.

Saya mengharapkan pasukan Malaysia harus melakukan post mortem dengan seberapa segera kenapa mereka mudah sangat kalah pada malam ini, dan seterusnya bangkit bila di suku akhir nanti. Jangan kalah lagi sudah..