Nur Fathiah Diaz tidak lagi menjadi Upin dan Ipin siri baru

image image

Adik Nur Fathiah Diaz (gambar di atas), yang membawakan suara untuk siri Upin dan Ipin tidak lagi menyumbangkan suara untuk siri baru Upin dan Ipin. Dia telah digantikan oleh adik Asyiela Putri bagi membawakan suara Upin dan Ipin, si botak kembar yang semakin mengancam dalam siri animasi di Malaysia. Gambar di bawah adalah ‘current cast’ bagi siri Upin dan Ipin bermula dengan episod ‘Juara Kampung episod 1’

image

Perubahan pada ‘suara’ watak-watak dalam siri Upin dan Ipin ini adalah perkara biasa. Ada beberapa watak-watak kartun ini sudah berubah suara sebelum ini, seperti suara Kak Ros dan Mei Mei. Tapi tak sangka juga watak upin dan ipin akan terbabit sama. Adik Nur Fathiah tidak terbabit untuk siri kali ini kerana mahu menumpukan pada peperiksaan pula. Baguslah kalau macam tu..