Mentaliti masyarakat terhadap kebersihan.

IMG_0722 - Sampah di Malalap

Setiap hari di corong radio atau di tv, akan adanya kempen-kempen menjaga kebersihan di tempat-tempat awam, atau paling tidak di rumah sendiri. Dengan menjaga kebersihan kita dapat mengelakkan diri daripada mudah dijangkiti dengan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh bawaan daripada sampah tersebut (contohnya penyakit yang disebabkan oleh lalat).

Tetapi kesedaran masyarakat di negara kita ini untuk menjaga kebersihan di tempat-tempat awam masih rendah. Kita boleh lihat longkang-longkang di taman perumahan ada ‘sampah’ yang sepatutnya bukan dibuang ke dalam longkang. Sisa-sisa pepejal ini hanya menyebabkan longkang tersumbat. Apabila longkang tersumbat, maka berlakulah banjir kilat. Dan akhirnya masyarakat kita ini mudah menyalahkan orang lain ( contohnya pihak Majlis Perbandaran ) kerana tidak proaktif untuk membersihkan longkang tadi. Walhal sebenarnya ia berpunca daripada mentaliti masyarakat itu tadi yang amatlah pemalas untuk membuang sampah di tempat yang sepatutnya. Akhirnya pihak berkuasa yang menjadi mangsa.

image

Ada sesetengah kes, ada orang perseorangan yang lebih gemar membuang sampah merata-rata daripada menggunakan tong sampah yang disediakan oleh pihak berkuasa. Adakah kerana mereka ini sememangnya pengotor?

Mentaliti mereka, kononnya nak bagi kerja kepada pihak majlis perbandaran supaya mereka yang mengutip sampah untuk masyarakat kerana mereka dibayar gaji untuk mengutip sampah dan membersihkan sesuatu kawasan kejiranan.

image

Kalau beginilah perangai masyarakat Malaysia sekarang (tetapi tidak semua), maka orang luar pasti akan mentertawakan Malaysia kerana banyak sangat sampah. Bayi pun boleh dibuang di mana-mana. Memang amat memalukan!