Mat rempit memang sial dan haram jadah!!!. Bila diaorang nak mampos???

image

 

Petang yang sibuk selepas pulang dari kerja, saya sempat singgah ke sebuah kedai makan (kedai mamak le) di Kota Masai untuk minum petang, walaupun cuaca sebenarnya dah nak masuk senja. Masa tu, tengah hujan pulak.

Di kedai mamak, boleh pulak le terjumpa dengan seorang kawan saya ni, namanya Sani. (Nama pendek aje, nama panjang tak payah le nak bagitau.) Saya memilih untuk duduk semeja dengannya. Sambil menunggu air teh panas, saya terpandang pada kereta milik Sani dan saya terperasan yang belakang keretanya (di bumper belakang) kemek.

image

“Pa hal dengan bumper belakang kau tu Sani?, Siapa yang cium keta kau tu?” saya bertanya.

“Kete aku malam semalam kena cium kat jalan besar sana. Aku ingat yang langgar aku malam tadi tu mat rempit. Memang jadah punya mat rempit. Dah le langgar keta aku, lepas tu boleh pulak dia bawak motor yang patah handle tu.. So aku tak sempat nak mintak duit ganti..” kata Sani.

“Yang paling sial punya mat rempit, dah le racing, member dia dah lari lepas langgar aku..yg kengkawan dia pulak laju bawak moto “willie” pulak tu..”

“Aku pelik, tak kan mamat yang langgar moto kau tu tak jatuh kat jalan ke?” saya bertanya mendapatkan kepastian.

“Tak jatuh, abis tu sempat lari, macam mana tu..?” Sani berkata pada saya.

“ Aku doakan mat rempit yang langgar aku ni, cepat mampos. Hidup menyusahkan orang, berapa banyak duit aku nak repair ketuk balik kete tu…, sial sial sial.”  marah betul si Sani ni kat mat rempit yang melanggar kete dia.

“Tak baik kau doakan diaorang macam tu, patutnya kau doakan mereka cepat sedar dari perbuatan diaorang tu?” kata saya.

“No way Man. Kalau aku jumpa mat rempit babi tu, aku nak lanyak dia dengan batang besbol aku, biar cepat mampos lagi bagus”, kata Sani. Selepas itu, saya cuba menukar topik perbualan, sebab malas nak dengar maki makian dia pada mat rempit. Sani ni yang saya kenal memang keturunan angin semacam, panas baran punya orang.

Agaknya bila le orang-orang muda yang terjebak dalam aktiviti merempit ni nak sedar ek.. Rasanya dah beribu-ribu makian yang diaorang dapat. Rasanya pun bukan si Sani sorang je doakan benda yang tak baik pada mat rempit ni..

Apa pun, saya masih yakin ada solusion yang baik bagi mereka yang bergelar mat rempit ni..