Liga Super Malaysia di anak tirikan oleh media tempatan

image

Kebetulan saya menulis post yang berkaitan dengan sukan badminton ini, apa kata kalau saya mengulas sedikit tentang perkembangan bolasepak tempatan. Apa lagi kalau bukan Liga Super Malaysia lah…!!

Berapa ramai yang tahu kenapa kebanyakan stadium-stadium di Malaysia ini kosong ketika perlawanan-perlawanan Liga Super berlangsung? Apakah jawapan yang sesuai tentang kemelut stadium kosong ini? Kalau ada yang datang tengok pun, paling kurang pun dalam 500 orang sahaja. Tak sampai pun seribu orang yang menonton bolasepak di stadium-stadium negara kita.

Antara alasan yang diberikan oleh penyokong bolasepak, kenapa mereka tidak menyokong pasukan tempatan ialah kerana mereka lebih gemar menonton aksi Liga Inggeris (BPL). Aksi Liga BPL lebih ‘power’ jika dibandingkan dengan pasukan tempatan. Dan yang lebih menyedihkan, cuba kita tanya siapa pemain negara kita yang terkenal… Hmm tak tau langsung jawapannya. Mereka cuma kenal Wayne Rooney, Bebetov, Didier Drogba, Adebayor dan yang lain-lain yang saya tak perlu nak tulis kat sini. Peliknya di Malaysia ni, walaupun kononnya mengaku fanatik BPL, mereka tak tau sebenarnya pasukan dalam BPL itu tak le sehebat mana pun.. Cuba tanya diaorang nama-nama kelab terkenal dari Holland, German, Spain, Portugal, Itali, Turkey ke… hampeh langsung tak tau… Bagi aje contoh nama kelab ni… PSG, BORDEUX, CAGLIARI, Benfica… tau ke dia orang..?

Berbalik kepada liga Malaysia yang stadiumnya kosong… antara salah satu faktornya.. adalah media kita sendiri, terutamanya Berita Harian dan Harian Metro. Cuba tengok muka surat belakaaang sekali.. Apa berita utama sukan bolasepak..? Gerenti cerita Chelsea. MU, Chelsea, MU dan lagi lagi, Chelsea, MU… Siap satu muka surat tajuknya khas untuk BPL sahaja…lagi special.., untuk MU aje,,, siap jadual perlawanan lagi.. besar-besar letak dengan gambar aksi dari BPL.. Perghh.. besarnya gambar…!!

Cuba tengok muka surat mana diletakkan berita untuk Liga Super Malaysia.. Paling teruk pun dekat muka surat yang memuatkan banyak berita sukan, tetapi langsung tak ada ‘special page’ untuk Liga Malaysia… ada ke patut? Patut le generasi sekarang langsung tak suka nak tengok bola sendiri di stadium…!!! Berita pasal bolasepak Selangor..? Boleh kira le berapa hari je keluar masuk Harian Metro.. Pasukan Kelantan… asyik dikutuk aje.. berita pasukan KL Plus.. langsung tak ade…!!!

Nampaknya suratkhabar kat Malaysia ni memang langsung tak ada moral… Hanya mengimport berita luar dan mempopularkan liga bolasepak luar dari cuba untuk mempopularkan bolasepak tempatan.. Ini berbeza pada sekitar tahun 1980-an dan 90-an, walaupun Malaysia pada ketika itu pun mengalami zaman kegelapan bolasepak, tetapi berita bolasepak tempatan tetap diutamakan. Tidak seperti sekarang…. Tak lama lagi, Liga Malaysia boleh gulung tikar gamaknya….!!!!