Iktibar dari Kota Bangkok

image

Apa yang sedang berlaku di Thailand, terutamanya di Bangkok seharusnya menjadi pengajaran berguna kepada negara kita Malaysia, apa entah lagi dengan suasana politik semasa yang saya sendiri pun kurang senang dengan gelagat beberapa ahli politik yang berlagak samseng lagi meng’anjing’ terutamanya ketika sidang parlimen.

Suasana politik di Thailand dan Malaysia adalah tidak sama. Di Thailand, kalaupun ada proses demokrasi yang berjalan, tetapi berlaku rampasan kuasa  tentera yang menumbangkan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra pada tahun 2006, serta beberapa parti politik yang diharamkan melalui keputusan Mahkamah telah mewujudkan suasana Thailand seperti yang ada sekarang.

Thaksin, walaupun mempunyai reputasi politik yang teruk sehingga berlaku rampasan kuasa tentera masih mempunyai penyokong dan Thaksin masih mempunyai pengaruh yang kuat terutamanya di wilayah utara Thailand. Dengan pengaruh yang ada, maka pengikut Thaksin yang tidak berpuas hati kerana hilangnya konsep ‘demokrasi’ pada tahun Thaksin dijatuhkan (ketika itu, Thaksin berada di luar negara dan parti Thai Rak Thai menang pilihanraya), mereka bertekad untuk memprotes. Maka wujudlah segolongan mereka yang bergelar penyokong Baju Merah.

image image

image image

Lihatlah apa tindakan penyokong Baju Merah dengan galakan yang dibuat oleh Thaksin. Antaranya :-

1.) Merampas lapangan terbang kerana menunjukkan protes yang entah apa-apa, sehingga jadual penerbangan terganggu.

2.) Menduduki pusat-pusat perniagaan utama di kota Bangkok, bersidai dan melepak di sana sini mengharapkan benda yang tidak pasti.

3.) Menderma darah, masuk dalam plastik atau timba, kemudian menyimbah pagar rumah Perdana Menteri dengan darah.

4.) Asyik meminta itu dan ini. Bila dah bagi peha, nak dada pulak.

5.) Mendakwa diri mereka diserang polis atau tentera. Tetapi setiap hari melakukan provokasi kepada angkatan bersenjata dam menyebabkan polis atau tentera naik marah.

6.) Ada yang berani cuba memecah masuk pusat-pusat perniagaan utama, alasan kerana perut kosong. Memang le.. siapa suruh bersidai kat jalanan tiap-tiap hari?

Berita terkini yang dilaporkan oleh Bangkok Post, tembakan polis dan tentera menggunakan peluru getah bagi menawan semula tempat yang diduduki oleh penyokong baju merah. Bangkok sudah menjadi seperti zon peperangan bandar di antara virus merah dengan virus hijau. Thaksin, seperti biasa masih menggalakan protes, tetapi langsung tidak ambil peduli nyawa mereka yang terkorban dan ekonomi Thailand hampir lumpuh disebabkan galakan bangang Thaksin kepada penyokongnya.

Pemimpin apakah seperti ini?

image

Apa pengajaran yang kita boleh ambil dengan apa yang berlaku di Thailand?

1.) Sentiasa menjaga keharmonian di antara sesama kaum atau sesama bangsa yang telah terjalin sekian lama, kerana Malaysia adalah negara majmuk. Salah satu yang terguris atau tidak berpuas hati akan menyebabkan berlaku pertumpahan darah seperti mana yang berlaku dalam tradegi 13 Mei.

2.) Pilihlah pemimpin atau wakil yang benar-benar boleh membantu dan menyampaikan suara kita di Parlimen atau kepada pihak kerajaan. Bukan kerja untuk menghasut supaya membuat kecoh hingga melumpuhkan ekonomi negara sendiri. Jangan ikut macam Thaksin.

3.) Jangan mempermainkan isu sensitif, terutamanya agama kerana ada sesetengah ahli politik ‘sampah’ yang suka memainkan isu sensitif hingga boleh menyebabkan pergaduhan.

4.) Kalau anda benar-benar tak puas hati tentang hal-hal dalam negara atau isu tertentu, tulis sahaja komen kat blog PM kita tu.. boleh tanya macam-macam soalan. Mana tau kalau dia jawab ke..?

Malaysia masih OK kerana tentera dan polis tidak boleh masuk campur dalam hal pentadbiran dan politik. Tidak macam Thailand. Saya harap Malaysia tidak akan menjadi zon perang seperti yang berlaku di Bangkok.

Gambar sumber dari Google, TimePost dan Bangkok Post!