Blogger yang “berehat panjaannng”!!

Nampak gayanya, dengan kesibukan tugas pada bulan Mei 2010 ini, saya tidak dapat menulis sekerap bulan-bulan yang sebelumnya. Tetapi saya akan cuba menulis dan menulis bagi memastikan blog saya sentiasa ada traffic yang masuk dan diminati dari hari ke hari, walaupun saya tidak ada target pembaca.

Malam ini saya cuba-cuba membaca blogroll ‘follower’ (pengikut setia) blog saya. Bagi ynag menjadi folllower saya, biasanya blog anda akan diletakkan di dalam ruangan Blogrolling dan bisanya saya hanya perlu singgah di sana membaca entry-entry pengikut saya di sana.

Cuma ada beberapa perkara yang saya sedikit terkilan.

i.) Terdapat beberapa blog yang saya lihat seakan-akan macam hidup segan, mati tak mau.. Blog dah lama tak update hampir-hampir 3 minggu. Apa cerita tu? Mungkin lebih sibuk dari jangkaan sampai nak update pun tak sempat.

ii.) Ada juga penulis blog yang berehat panjang dari menulis. Bak kata orang putih.. ‘ON HIATUS’. Mungkin ada projek lain yang perlu dibereskan selain menulis blog.

Walau apa pun, saya berharap pada mereka yang ON HIATUS tu, boleh segera mengaktifkan diri untuk terus menulis, jika tidak… pengikut setia anda lari nanti…