Window Live Writer memudahkan anda untuk berblogging

 

image

Selama beberapa bulan saya menulis blog, kononnya hendak tulis satu blog, satu hari. Tetapi kerana saya kesuntukan masa, maka hasrat itu tidak dapat ditunaikan untuk bulan April ni.

Untuk pengetahuan rakan-rakan baik saya di luar sana, dahulu ketika mula berkecimpung dalam dunia menulis blog ni, saya biasanya menulis dalam website blogger tu. Tapi sejak 2 bulan lepas, website blogger tersebut saya sudah tinggalkan. Saya mula menggunakan perisian yang dimuat turun dari Microsoft untuk menulis dan bercengkerama melalui blog.

Software yang saya maksudkan adalah Window Live Writer

Window Live Writer telah memudahkan saya untuk menulis blog. Tidak perlu lagi saya ke Blogger untuk menulis dari sana kerana pada pendapat saya, website blogger tidak berapa “User Frendly” untuk digunakan dalam penulisan blog. Software ini mudah dikawal selia dan setting pun mudah.





Saya sarankan anda untuk menggunakan software ini bagi penulisan yang seterusnya. Ia amat mudah. Jika ada apa yang tak paham tentang cara setting dan penggunaannya, anda boleh menghubungi saya  dan saya akan menulis berkenaan dengan Window Live Writer ini pada entry yang lain. Jika ada permintaan.