Stupid Malaysian drivers di Youtube!

 

Youtube! Siapa yang tidak kenal dengan Youtube!, salah sebuah website video stream yang paling terkenal di seluruh dunia. Dengan keahlian secara percuma (dengan syarat anda mesti buka akaun dengan Google) maka anda boleh memindah turun atau memuat turun video stream kegemaran anda di Youtube.

Kebetulan malam ini hendak tengok video dekat Youtube! Tapi entah kenapa jari saya menaip perkataan “Malaysia driver”. Sepatutnya saya hendak taip “Screwdriver”.

Maka terpampanglah video-video pilihan yang hendak ditonton. Tetapi entry yang dicatatkan di situ ialah “STUPID MALAYSIAN DRIVER”.

Dua video di atas adalah rakaman daripada seorang jurukamera amatur merakamkan gelagat kebanyakan pemandu-pemandu kenderaan di Malaysia bila berlakunya kesesakan jalan raya. Tapi yang paling tak boleh tahan, siap letak plat kenderaan pulak tu… Ini kalau tuan punya kereta buka Youtube!, confirm mesti bengannng gila.

Dua video di atas merupakan pengajaran bagi mereka yang suka melanggar undang-undang di atas jalan raya. Dipendekkan cerita, kalau sesak macam mana pun, please maintain at your lane! Jangan masuk ke lorong kecemasan sebab di lorong ini macam-macam boleh berlaku. Dibuatnya depan ada kontena rosak ke? kereta rosak ke? Polis ke? Amacam? Kau nak sondol aje ke???