Siapa gadis bernama Adzrazali?

Untitled

Malam ini rasanya saya hendak gatal tangan sekejap untuk mengulas blog orang lain pula. Walaupun setakat ini blog saya belum ada yang mengkomenkannya, saya tak kisah kalau ada bloggers sejati yang lain hendak komen. Komenlah sikit. Dan untuk malam ini, saya berpendapat bahawa lebih baik saya komen di blog saya, daripada memberi ulasan di Geng Blogger. Saje nak tengok respon dari pembaca.

Ben Ashaari? Oh tidak.. Dah ramai sangat yang komen blog dia dan Ben Ashaari sememangnya bloggers sejati yang dikategorikan sebagai pak pacak bloggerz. Dia adalah yang saya respect kerana tidak bosan menulis sampai 20 post sehari.

Profil glamour yang saya tengok di Geng Blogger pada hari ni, inilah dia. Si cantik manis yang berblogging melalui adzrazali.blogspot.com. Dia adalah… Of cource lee Adz Razali. Tajuk blog dia “ Story of Adz Razali”.

Apa yang saya nak ulas berkenaan dengan blog si Adz Razali ni?

a.) Disebabkan hari ini Adz Razali adalah antara profil yang paling glamour untuk hari ini,maka dia le yang jadi mangsa komen saya… Ha ha ha ha…

b.) Saya nak komen tentang banner dia.. Sesuai dengan pakaian yang serba hitam, maka bannernya pun background warna hitam. Bagus! Ada kreativiti di sana. Lagi le banner tu diedit dengan photo “watermark” menambah lagi anggunnya gambar Adz.

c.) Blog beliau adalah berbentuk penulisan personal. Saya tidak nampak pula post-post lama daripada Adz yang berbentuk ulasan ataupun berbentuk ilmiah. Kebanyakannya adalah berbentuk peribadi, maka tulisannya adalah berbentuk personal. Maakan saya ye Adz kalau saya tersalah tafsir.





d.) Rupanya si Adz ni dah lama menulis blog (sejak 2008) tetapi mungkin masa tu dia ni baru nak belajar menulis kot. Sebab tu le post pada tahun 2008 ada satu sahaja.

e.) Gambar pada blog Adz memang banyak. Semuanya berbentuk personal. Cuma kenapa bila load kat Mozilla, blog Adz nampak macam lambat loading. Gambarnya semua saiz yang besar ke Adz?

f.) Follower Adz baru sahaja mencecah 92 orang. Kalau tambah saya jadi lah yang ke 93. Tak gitu?

g.) Overall background yang menggunakan kelabu asap, bagi saya OK!

Baiklah Adz. Setakat ini dahulu komen saya pada blog anda. Oleh itu saya juga bersedia dihentam oleh Adzrazali.