Penipuan restoran Red Cafe, makan pun dapat duit konon….

image

Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah menyerbu dan membuat pendakwaaan terhadap sebuah syarikat yang kononnya membuat pelaburan ‘shareholder’ dan networking (bertopengkan MLM lagi). Bila kita menjadi ahli, makan pun dapat duit. SYARAT UTAMA yang diperlukan ialah kita kena rajin mencari Networking kita sendiri dan mengajak mereka menyertai syarikat ini. Yuran? Saya tidak pasti kerana mereka hanya cerita, bila makan pun dapat duit…

Penipu…. Makan pun dapat duit tu…. Dengarnya syarikat ni dah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menipu dan mendapat deposit haram dari pelabur berjumlah RM16juta.

Masalahnya di sini, si penipu (owner syarikat ni) adalah orang melayu.

Kenapa le bangsa kita sendiri yang menipu serta menghakis duit kita. Iklan sampai keluar suratkhabar. Mewar-warkan syarikatnya berlesen le.. perniagaannya legal di sisi undang-undang dan banyak lagi perkara yang merapu diceritakan di suratkhabar.

Nasib baik saya tak masuk program Red Cafe ni.. Dulu teringin nak masuk tetapi bila ada rakan di luar sana menasihatkan supaya jangan masuk sebab kemungkinan berlakunya SCAM (sebab kita kena depositkan wang), maka tak jadi le nak masuk.
Bekas pekerja syarikat ni pun dah ramai yang keluar kerana disebabkan sikap pengurusan yang amat buruk. Dan kebanyakan restoran dan cawangan di seluruh Malaysia sudah ditutup.

Anda boleh baca artikel di bawah berkaitan Island Red Cafe ni di link di bawah:-

Penipuan Island Red Cafe Sdn BhdSelangor2u

Facebook - http://www.facebook.com/pages/Island-Red-Cafe/96944817403

Dekat Facebook, banyak ahlinya mengeluh duit mereka lesap.

Gambar diambil dari web selangor2u. Terima kasih En Marzuki