Pemimpin Iran disegani, rakyatnya barua syabu!

image

Siapa yang tidak kenal akan Presiden Iran, si Ahmedinejad ( betul ke ejaan nama beliau ni?) yang lantang menentang Amerika Syarikat (USA) kerana program nuklear Iran. US mengatakan Iran mengeluarkan senjata pemusnah besar-besaran manakala Iran melalui presiden yang berbadan kecil itu memberitahu dunia mereka adalah mangsa keadaan kerana mereka membangunkan nuklear untuk keamanan dan untuk menjana tenaga.

Sama ada betul atau tidak dakwaan di antara dua negara tadi, kita masih tidak boleh menyangkal yang US sudah menjadi barua kepada Israel. Israel mepunyai banyak senjata peledak nuklear yang enggan diumumkan oleh Israel.

Di negara kita pula, lain pula ceritanya berkaitan dengan rakyat Iran yang datang ke Malaysia. Bila sampai sahaja di pintu masul KLIA, berbagai cara dan taktik yang digunakan untuk mengedar dadah yang mempunyai permintaan yang cukup tinggi di Malaysia, iaitu dadah jenis Syabu.

Ada yang menyorokkan Syabu di dalam seluar dalam, jaket, beg galas dan sebagainya. Pendek kata, kalau di dalam bagasi itu ada tempat yang berlubang atau berongga, syabu pasti akan disorokkan di situ. Tetapi polis Malaysia dan kastam pandai membaca taktik orang Iran yang mencurigakan. Biasanya bila selepas scanning sahaja, mereka sudah pun tertangkap.

Nampaknya masalah dadah masih menjadi musuh utama kepada negara dan semakin ramai penagih tegar si syabu. Kita pun tidak menyangka rakyat Iran yang ditangkap kerana mengedar syabu pun semakin ramai jumlahnya. Iran yang kita bangga-banggakan itu pun rupa-rupanya menjadi transit pengedaran dadah terbesar di Asia. Macam mana tu?