Oh penunggang motorsikalku?

 

image

Tujuan entry ini ditulis pagi ini hanyalah untuk ingat-mengingati sesama kita. Terutamanya yang membawa motorsikal pergi ke tempat kerja setiap hari.

Dan ini bukannya untuk mengutuk mat rempit. Mat rempit kalau bawak motor memang ada caranya tersendiri.

Bagaimana yang membawa motorsikal pergi ke tempat kerja, terutamanya bagi jalan 2 hala yang sempit?

a.) Bila masuk kerja pukul 7 pagi, mereka akan bergerak pergi kerja pukul 6:45pagi. Sebab dekat. Boleh bawa laju-laju kerana keadaan jalan tidak sesak.

b.) Yang masuk pukul 8, mereka bergerak pukul 7:30 atau 7:40pagi. Ketika itu, jalan dah sesak dan mereka akan membawa motorsikal dengan aksi-aksi yang memang saya tidak suka dan menyampah tengok gelagat penunggang motorsikal.

c.) Di jalan yang sesak, mereka menyelit-nyelit dan mencelah di sana-sani, menunjukkan skil mencelah yang tidak seberapa. Kadang-kadang bila mencelah-celah sambil tergesel kereta orang lain, buat bodoooh je..

d.) Yang lebih berani, ada yang potong double line tetapi tidak memperdulikan kenderaan di hadapan sampai kereta yang di depan terpaksa mengelak. Ada ke patut macam tu..?

f.) Yang bawak slow.. satu hal lagi.. Bila bawak motor ada ke patut bawak cuma dalam kelajuan 40 atau 50kmj sahaja bila jalan tidak berapa sesak? Sampai orang di belakang rasa nak menyumpah pun ada sebab kalau dia bawak menghampiri ke tepi jalan tak apa le juga.. Ni bawak kat tengah-tengah?

Itu adalah antara gelagat penunggang motorsikal di tempat saya. Mungkin di tempat anda, mereka laaaagiii hebat kot?