Minyak RON95 menyemputkan prestasi kereta?

image

Terdapat beberapa dakwaan dari pemilik kereta yang menggunakan minyak petrol jenis RON95 mendakwa, minyak yang berharga RM1.80 ini jika digunakan terlalu kerap, boleh menyebabkan enjin ‘tune’ lari banyak dan prestasi kereta menjadi semput. Benarkah dakwaan ini?

Minyak RON95 telah diperkenalkan pada tahun hujung tahun 2009 di mana kerajaan tidak membenarkan syarikat minyak menjual petrol berplumbum. Pada masa itu, minyak berplumbum dijual sekitar RM1.60 kalau tidak silap, minyak RON97 pula pada harga RM1.80

Selepas itu, minyak RON95 telah diperkenalkan oleh syarikat-syarikat petroleum bagi mematuhi arahan daripada kerajaan untuk menjual minyak RON95 tanpa berplumbum dan sebagai pilihan kepada rakyat untuk minyak murah.

RON95 tidak seperti mana RON97. RON95 minyaknya telah diturun taraf dari RON97, maka kandungan bahan campurannya telah dikurangkan. Sebab itu harganya murah.

Tapi saya memang ada perasan kalau kita memandu laju, minyak RON95 ni cepat abis…. Kalau guna minyak RON97, dengan jumlah kegunaan 20 liter, kereta saya akan abis minyak hanya lambat sehari dari RON95.

Satu lagi yang saya perasan, kalau guna minyak RON95 enjin kereta agak bising apabila nak start dan ketika memandu. Tidak seperti RON97.

Apa pun minyak RON95 ni bergantung pada jenis kereta apa yang anda pandu sekarang. Dinasihatkan kalau kereta yang baru, lebih baik jangan guna minyak RON95. Takut enjin cepat rosak dan prestasinya akan cepat ‘semput’.

Dan akhir sekali, kalau anda menggunakan RON95, kekalkan dengan membeli minyak dari syarikat yang sama. Contohnya kalau anda isi minyak Shell, beli Shell sahaja. Tidak tahu sama ada benar dakwaan mengatakan bahawa minyak Petronas RON95 lebih baik daripada minyak syarikat yang lain. Tetapi kebanyakan pam Petronas sekarang ni pun jual minyak kuning je.. Minyak hijau susah nak jumpa.

RIZMAN MA