Mari singgah sebentar ke “OH MALAYSIA” !

Untitled

Malam ini, saya mahu membuat ulasan atau review ( maksud pun sama juga ) kepada blog ‘Oh Malaysia’. Saya pasti ramai yang telah mengenali blog ini kerana blog Oh Malaysia begitu aktif mengemaskinikan entry.

“Oh Malaysia” boleh dilayari di alamat sesawang http://ohmalaysia.com/blog

Kali ini, apa yang saya hendak ulas berkenaan dengan weblog Oh Malaysia?

Blog yang direka dan dicipta oleh En.Amir Said ini lain sedikit daripada blog-blog personal yang pernah saya terjah sebelumnya. Hampir keseluruhan gaya penulisan agak formal dan tidak meleret-leret.

a.) Dari segi pemilihan template : Saya pasti yang Amir menggunakan platform Wordpress. Pemilihan temanya adalah berbentuk Blog Majalah ( Blog Magazine ). Warna template adalah putih dan sedap dipandang oleh saya.

b.) Penulisan Amir lebih kepada berbentuk maklumat dan isu semasa. Bagi isu semasa, Amir mengupas dan mengolah isu tersebut secara peribadi, tetapi tidak begitu mendalam. Setiap entry yang dimasukkan, entry tersebut pasti ada maklum balas (komen)

c.) Seperti yang saya katakan tadi, ayat-ayat yang diguna oleh Amir ketika menulis, agak formal sedikit.

d.) Target dan audience pembaca :- Saya berasakan Amir ada target pembacanya yang tersendiri. Mungkin orang yang sebaya atau pelajar-pelajar Universiti. Kerana ada di antara entry-entrynya ada yang hanya sesuai untuk golongan tertentu seperti pelajar-pelajar lepasan sekolah dan universiti.

e.) Loading weblognya :- OK. Tiada masalah

f.) Tahniah diucapkan kepada Amir kerana setiap entrynya pasti ada maklum balas.

Bagi mereka yang hendak diulas blognya, anda boleh tinggalkan mesej di CBOX atau di Shoutmix. Saya akan ulas bila berkesempatan. Sama-sama kita memajukan blog masing-masing. Wassalam

P/S : OK tak ayat formal saya?