Mari kita terjah “Gadis Terbilang”!

Untitled

 

Di GengBlogger juga, saya ada le terperasan lah..! dekat ruangan penaja GengBlogger saya tertarik dengan satu gambar ni.. Siap tulis dia punya tagline “Inilah Blog Terbilang yang sentiasa membilang sambil membilang” Uh! Pening juga maksud tagline ni.

Tapi disebabkan saya ni bukanlah seorang yang pakar bahasa, saya takambil pusing tentang tagline tadi. Kali ini mangsa saya seterusnya dalam bab ulasan blog. Selepas si Adzrazali, mari kita tengok blog yang katanya sentiasa membilang.

Dia adalah blog “Gadis Terbilang”! Blog Gadis Terbilang ni boleh dilawati sama ada di GengBlogger atau terus terjah beliau di blognya.(gadisterbilang.blogspot.com) Di GengBlogger, gadis terbilang ni jadi penaja. Dia taja apa? Tak tau le pulak. Taja keropok ikan kot?

Selepas menerjah ke blog Gadis Terbilang ni, saya dapat rumuskan beberapa perkara yang menarik di blog beliau.

a.) Blog ini tidak ada meletakkan menu atau submenu. Hanya terdapat menu untuk pergi ke Blogroll. Memang benar anda akan di bawa ke blogroll, tetapi ia adalah sebuah blog yang lain di mana Gadis Terbilang suka membuat review pada blog orang lain.

b.) Blog Gadis Terbilang ini juga lebih kepada penulisan berbentuk peribadi dan pandangan. Majoriti : Personal.

Cuma untuk entry terkini, si Gadis Terbilang ni lebih buat penulisan penceritaan pulak. Cerita kanak-kanak ke cerita orang dewasa.

c.) Follower blog ini dah mencapai 1533 orang. Wowwwwwww !!!!! Ramainya. Walaupun blog ni nampak sempoi dan simple, tetap boleh dapat pengikut yang begitu ramai.

d.) Template : Bagi saya template biasa sahaja. Tak ada apa yang menarik sangat. Pada banner atas nampak ada warna sedikit, tapi masuk pada kawasan content, background hanyalah putih!

e.) Saya tidak gemar sebenarnya blog yang ada pasang Nuff Innit tu. Tapi disebabkan Gadis Terbilang ni dah pasang, terpaksa le tengok.

f.) Loading blog agak sederhana menggunakan Mozilla. Gambar dan grafik pada blog agak kurang sedikit.

Itu sahaja ulasan saya pada blog milik Gadis Terbilang ni. Cuma agak pelik sedikit, kenapa tak letak sekali Tagline yang membanggakan Gadis Terbilang ni…? He he he