Kurangkan gula.. Satu sudu dah cukup, kurang lagi baik!!!

 

image

Mungkin ayat di atas biasa kita dengar. Iklan di atas mengajak rakyat Malaysia untuk mengurangkan penggunaan gula di dalam kehidupan seharian.

Statistik kematian (disebabkan oleh penyakit) di Malaysia merekodkan bahawa diabetes adalah pembunuh nombor yang ke- 3 selepas penyakit jantung koronari dan barah. Diabetes terjadi apabila pankreas tidak dapat mengeluarkan insulin di dalam badan bagi mengawal jumlah gula di dalam darah. Biasanya jika anda berdarah sedikit di bahagian jari kaki atau jari tangan, sekiranya anda menghidap diabetes, maka luka tadi akan lambat mengering, menjadi kudis gangren dan seterus nya bersedialah anda untuk kehilangan kaki yang tercinta.

Amat dahsyat penangan penyakit yang lebih dikenali sebagai kencing manis ini.

image

Kerajaan anda bercadang untuk menaikkan harga gula lagi menjelang bulan Jun ini jika tidak silap saya. Apabila gula naik, maka rakyat disarankan untuk berjimat menggunakan gula.

Peliknya di Malaysia gula masih lagi menjadi keperluan industri IKS dan perseorangan bagi membuat manisan. Bila gula dinaikkan, peniaga mulalah dengan selambanya menaikkan harga makanan yang menggunakan gula, terutamanya air minuman. Biasanya kalau harga gula naik, harga susu pekat pun sama akan dinaikkan oleh peniaga.

Kesannya, harga secawan teh tarik, daripada RM1.20 naik jadi RM1.40. Nescafe naik dari harga RM1.30 jadi RM1.50. Itu belum yang lain.

Moralnya, kalau ada peniaga yang sesuka hati dan sesedap rasa menaikkan harga barang, jangan pergi ke kedai tersebut. Pulaukan sahaja peniaga seperti ini kerana mereka hanya mahukan untung sahaja. Terutamanya restoran-restoran mamak yang kononnya meletakkan tulisan khat kat kedai-kedai, tapi hakikatnya mereka ini pengotor ( bukan semua )

Kita cuba beli gula hanya satu paket sebulan. Amacam! Ada berani?