Kerajaan mahukan 1Malaysia.. tetapi…

image

Selepas Dato’ Seri Najib menjadi perdana menteri yang ke-5, beliau telah mengilhamkan gagasan 1Malaysia dengan mottonya, “Rakyat DiDahulukan, Pencapaian diutamakan”. Tanpa meminggirkan hak bumiputera sebagai penduduk pribumi Malaysia, Dato Seri Najib memberitahu seluruh rakyat bahawa sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, adat resam dan kebudayaan berbeza maka seluruh rakyat Malaysia harus bersatu untuk memajukan negara tanpa mengira fahaman politik, agama dan budaya.

Ramai yang menyokong gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Dato Seri Najib. Pihak pembangkang seperti biasa cuba untuk memberitahu rakyat Malaysia bahawa konsep 1Malaysia ini ditiru daripada One Israel. Maka kita dikatakan meniru konsep One Israel.

Saya tidak berminat untuk mengupas lebih mendalam berkenaan konsep 1Malaysia ini kerana saya yakin yang rakan-rakan blogger di luar sana pasti sudah memahami akan konsep 1Malaysia.

Yang tidak menyenangkan saya sejak akhir-akhir ini, ramai di kalangan rakyat ( yang mengaku mempunyai IC Malaysia kononnya ) telah menggunakan medium internet untuk cuba menghuru-harakan perpaduan dan mempermainkan api kebencian di antara kaum.

Kalau saya pergi ke Youtube sebagai contoh, kalau video berkaitan dengan polis Malaysia, bermulalah episod ‘hina menghina, kutuk mengutuk dan meng”kondem” sama ada polis dan bangsa tertentu. Contohnya kita tahu polis Malaysia ini banyak orang Melayu, maka kaum yang satu lagi menghina mengatakan ‘orang Melayu suka makan rasuah!’ orang melayu bXbX, celaka punye melayu dan sebagainya. Jika cina pula, mulalah dikutuk sebagai tidak sunat, makan bXbX dan bermacam-macam lagi perkataan yang saya benci hendak membaca.

Tidak tahu di mana silap sampai berlaku perang sesama kaum di alam siber pula. Apa tindakan pihak berwajib? Mereka kata akan memantau dahulu web-web atau laman sembang yang cuba mempermainkan api pergaduhan sesama kaum di Malaysia. Tetapi sampai bila nak memantau. Bila nak ‘ACTION’?

Malangnya, ala siber ni terlalu luas konsep dan skopnya dan untuk menangkap penjenayah siber yang mengapi-apikan isu perkauman ini amat sukar. Kerana mungkin blog atau akaun facebook mereka sudah ditutup, tetapi akan muncul semula akaun pendua, tetapi pemiliknya adalah sama.

Saya percaya terdapat segelintir sahaja rakyat Malaysia ( tetapi sepatutnya dilucutkan sahaja kerakyatan, campak mereka ke Afrika ) yang masih tidak tahu bersyukur dengan keamanan yang ada di negara ini, Mereka inilah pasasit-parasit negara yang akan merosakkan Malaysia satu hari nanti. Cukuplah dengan kuman-kuman Malaya di luar sana yang cuba merosakkan negara. Anda memang tidak dialu-alukan. Kalau tak mahu duduk di Malaysia, nak cari gaduh aje, pergi duduk kat Afrika.