Diskriminasi kepada warga tempatan bila mencari kerja ….!!!

image

Kepada adik-adik yang berjaya di dalam peperiksaan dengan keputusan yang cemerlang, tidak kiralah sama ada SPM ataupun STPM. Tahniah abang ucapkan, walaupun sebenarnya sudah terlambat nak ucapkan tahniah tadi. Sekarang, adik-adik semua pasti sudahpun memohon untuk kemasukan ke IPT pula.

Persaingan untuk memasuki IPTA memang amat sengit, di tambahkan lagi dengan ‘requirement’ dari pihak kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi, confirm! memang sengit. Kalau dapat masuk U.. Alhamdulillah!!! Kalau tak dapat masuk IPTA, jangan kecewa kerana Malaysia baaaanyaaak U, terutamanya yang swasta lee… Cuma modal je… kena cari dulu

Tapi saya bukanlah nak menulis berkaitan dengan masuk U ataupun peperiksaan, tetapi saya nak menggatal tangan nak menulis berkaitan dengan diskriminasi beberapa firma, terutamanya pihak sektor pembuatan… diskriminasi kepada warga tempatan kita, warga Malaysia apabila orang kita memohon pekerjaan.

Ada sesetengah syarikat sekarang, mereka lebih gemar mengambil warga asing bekerja dengan mereka daripada warga tempatan. Antara alasan-alasan pihak ‘Human Resource’!

a.) Pihak syarikat kononnya terpaksa menggaji warga asing kerana boleh berikan gaji yang murah. Padahal kalau difikirkan balik, syarikat juga kena bayar pada agen pekerja asing untuk mendapatkan khidmat warga asing ni… Ada yang kena bayar levi sehingga RM5000 satu kepala. Terutamanya warga Bangla. Adakah itu berbaloi?

b.) Warga asing kononnya rajin. Kalau terpaksa bekerja pada Public Holiday misalnya, mereka boleh datang kerja. Boleh bayar normal paid  Warga tempatan pulak pemalas. Selalu aje cuti.. alasannya anak sakit le.. bapak sakit le… anak tertinggal buku sekolah le.. menyusahkan aje…Gaji nak double paid bila nak overtime…!!!

c.) warga asing kedatangannya selalu ‘full attendant’. Sakit pun datang kerja. Ye le tu… ingat warga asing tu bukannya orang ke…? Abis tu.. kambing? kambing pun tau sakit ape..?

d.) Warga asing ni kononnya mesra alam. Warga tempatan pulak putar alam.

Bagi saya, alasan di atas hanyalah alasan… kebanyakan syarikat di sektor pembuatan memang tak mau nak bagi pekerjaan kepada warga Malaysia sendiri. Tak heran le kalau di sana-sini sekarang banyak kes jenayah yang melibatkan warga tempatan, sebab tak ade kerja…!!! Adil ke macam tu…???

Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia cuba memperluaskan lagi (mempromosi sebenarnya) JobsMalaysia… malangnya gaji yang ditawarkan pula amat rendah dan kebanyakan bakal pencari kerja berijazah tiada pilihan. Sama ada perlu menerima kerja itu atau pun terus menganggur kerana tiada kerja yang sesuai dengan ijazah.

Nampaknya pihak swasta hanya mahu untung sahaja, tetapi tanggungjawab sosial kepada negara langsung tidak ada. Yang menyedihkan, syarikat tu kalau dari luar negara mungkin tak terasa sangat, tetapi syarikat Malaysia sendiri pun tak nak ambil warga Malaysia bekerja.. apa hal?