Blog Review : My Pocketful Of Shunsine (Miss Izah)

 

Untitled

Ho ho ho bertemu kita kembali untuk saya menulis review tentang blog orang lain yang saya lawati hari ini. Banyak-banyak blog, yang satu ni.. hari ni jadi Blog paling friendly pulak di GengBlogger.

Mangsa review saya kali ini ialah blog Miss Izah dengan Taglinenya, “My Pocketful Of Shunsine”. Hari ni Miss Izah jadi yang paling friendly mungkin juga sebab dia melawat beberapa blog untuk hari ni, itu yang muka dia ada kat Gengblogger.

Ini dia ulasan saya untuk blog Miss Izah ni..!!

a.) Blog beliau bermula sejak tahun 2008 lagi, dengan statistik 2008 ada 61 entry dan 2009 ada 106 entry.

b.) Penulisan Miss Izah juga adalah lebih kepada peribadi (personal writer). Tidak banyak post atau entry berbentuk informasi atau pun ilmiah pada blog Miss Izah.

c.) Follower beliau di Google Connect : 147 orang. Maka Diary Rizman M.A kalah dalam bab follower.

d.) Konsep template bagi saya adalah biasa sahaja. Beliau menggunakan konsep tetingkap kain langsir berwarna coklat dan sedikit pink. Nasib baik warnanya sesuai dengan konsep. Kalau warna terang sangat, takut sakit mata adik oooiii.

e.) Miss Izah suka menulis menggunakan font-font dengan warna tertentu.  Biasalah kan, orang perempuan memang suka menulis dengan pelbagai font. Cuba Miss Izah kurangkan penggunaan font yang pelbagai.

f.) Kalau gunakan Mozilla Firefox, loading blog ni agak lambat. Kain langsir tu paling akhir keluar. Mungkin sebab banyak widget yang dipasang oleh Miss Izah. Yang ni pun saya kalah bab widget ni. tapi saya menang dari segi loading web.

g.) Sesuatu yang tidak menarik pada blog Miss Izah ialah “dashboard” blogger tu yang kat atas sekali tu.. Tak mau buang ke?

OK. Sampai di sini dahulu review saya untuk Miss Izah “ My Pocketfull Of Shunsine” ni. Kepada mereka yang mahu direview, anda boleh panggil saya review dekat CBOX atau kat Shoutmix tu.

Untuk entry yang akan datang, saya akan review blog orang “Jantan” pulak.

Siap le korang!!