Blog Azrul Hisham direview Rizman

Untitled

Entah kenapa ye saya berminat pulak dalam bab mereview karya orang lain. Sudah menjadi satu hobi pula untuk mereview. Kepada mereka yang mahu di review oleh saya, sabar ye.. saya akan cuba review kalau boleh, satu blog satu hari.

Mari kita melawat En.Azrul Hisham kita yang berasal daripada Terengganu ni.

Azrul Hisham boleh dilawati di http://azrulhisham.blogspot.com/

Sekali pandang dan apabila menerjah ke blog beliau, kita sangkakan Azrul menggunakan wordpress. Hakikatnya Azrul menggunakan platform Blogger untuk blog ni.

a.) Apa yang saya boleh katakan, blog Azrul masih dikategorikan sebagai blog personal juga. Banyak penulisan dan entry Azrul adalah berbentuk personal. Yang berbentuk ilmiah atau informasi agak kurang sedikit dari yang personal.

b.) Template – Seperti yang saya tulis di atas. Sekali pandang macam guna wordpress tetapi sebenarnya template ini telah dikodkan dan disesuaikan untuk platform blogger.

c.) Azrul suka meletakkan gambar-gambar di blog. Loading juga agak cepat dari jangkaan. Mungkin Azrul dah compress kan gambar-gambar sebelum posting ke blogger.

d.) Rupa-rupanya si Azrul ni pun suka gunakan font yang pelbagai warna dan tidak statik pada satu warna sahaja. Ada yang color merah, hijau, tulisan Bold. Font juga adalah pelbagai. Maka dengan ini Gadis Terbilang masih menang dari segi penggunaan Font dan color yang macam-macam.

e.) Follower melalui Google Connect dah mencapai 500 orang. satu pencapaian yang cukup bermakna bagi Azrul.

f.) Lenggok bahasa yang diguna Azrul boleh difahami, nasib baik dia tak tulis blog dalam loghat Terengganu.

g.) Azrul berkebolehan menulis blog yang panjang. Cuma lagi bagus kalau blognya ada button “Readd More” sebab blog yang panjang memainkan peranan dari segi loading page kat Internet Explorer atau di Mozilla

OK Azrul. Puas hati dengan review saya? he he jangan marah ye.. Kau adalah orang ‘jantan’ pertama kena review. Next target : Mungkinkah Ben Ashaari atau Ariff Shah?