Bisnes melalui GDI. Adakah benar-benar hebat?

image

Kalau ada kawan-kawan di luar sana mengajak saya masuk ke program jana wang yang sebenarnya tidak pasti kesahihannya, maaflah ya. Saya ni jenis suka buat research dulu sebelum masuk. Itu lebih penting daripada terkena dan duit pun lebur beribu-ribu.

Global International Domain (GDI) telah lama bertapak di Amerika Syarikat sejak tahun 2005 dan mereka memperkenalkan jualan tapak hosting website. GDI membenarkan anda mencuba menyewa tapak hosting secara percuma, selama 7 hari. Kemudian selepas 7 hari, kad kredit anda akan dicaj RM32 sebulan (lebih kurang ke sebab kalau duit USD, USD10) secara bulanan.

Kemudian, anda akan diberi satu web replika dengan domain sendiri untuk mempromosi GDI ini. Kalau ada orang yang join, anda akan mendapat USD1. Jika 10 orang yang join, maka anda akan mendapat USD10. Jika downline anda berjaya mendapatkan pelanggan, anda juga mendapat pulangan USD1 juga. GDI menggunakan sistem Multi Level Marketing (MLM) bagi mendapatkan keuntungannya.

Cuma saya agak ralat dengan caj RM32 menyewa hosting. Mungkin RM32 itu macam tak rasa je kena potong ikut kad kredit, tapi kalau dah setahun, dah kena hampir RM400 juga. Macam menyewa tapak hosting biasa je..  Tapak hosting paling mahal setakat ini ada yang mencecah RM700, bergantung pada saiz tapak hosting yang disewa.

Jika anda rajin mencari dan mempromosi web replika GDI ini dan mendapat respon daripada bakal prospek, anda akan dapat income. Nama pun sistem MLM. Kena rajinlah membuat promosi untuk cover balik RM32 sebulan tu…

Bagi yang pernah atau masih menjual program ini, harap dapat memberi respon atau komen pada entry ini. Mana tahu, saya nak join pulak.. Tapi saya akan terus menyiasat dan mengkaji akan kesahihan GDI ini sebelum join. Takut nanti bila join je, GDI pulak yang lesap. Haru biru nanti.