Beza lintasan belang di Malaysia dan Singapura!

 

image

Malam ini saja je nak menulis topik yang agak lain daripada kebiasaan.

Sudah agak lama saya tidak datang ke Singapura selepas 2 tahun. Tahun terakhir saya ke Singapura ialah pada tahun 2007, maka sememangnya 2 tahun. Kalau nak masuk ke sana semula, saya kena buat pasport baru. Duit lagi..!!

Antara yang saya selalu beringat bila datang ke sana, jika melintas di mana-mana jalan di sana ( terutamanya di kawasan-kawasan kejiranan), anda perlu menggunakan jejambat dan lintasan belang. Tidak boleh melintas sesuka hati dan sesedap rasa. Kalau tidak beringat dan bila ditangkap oleh pihak berkuasa di sana, confirm duit mesti melayang kena saman punya pasal. Saman di Singapura bukannya murah. Mahaaallll! Sama macam gaji operator kilang di Malaysia.

Bila bercakap berkenaan lintasan belang, di Singapura jika anda melintas, lintaslah! Jangan ada keraguan di hati anda untuk melintas. Apa juga kenderaan yang cuba melalui kawasan yang ada lintasan belang ini, mereka dengan suka rela akan berhenti memberi laluan kepada pejalan kaki. Saya tidak dapat pastikan sama ada memberi laluan kepada pedestrian ini adalah undang-undang jalan raya ataupun orang Singapura yang berbudi bahasa, tetapi peliknya kereta daripada Malaysia pun ikut sama berhenti, memberi laluan kepada pejalan kaki untuk melintas. Bagusnyaaaa….!!!!

OK. Cuba kita tengok di negara kita. Keadaan adalah sebaliknya. Saya malas nak buat perbandingan, tetapi hakikatnya pemandu di Malaysia kebanyakannya ( bukan semua ) lebih mementingkan “PUNCH CARD” daripada keselamatan diri sendiri dan orang lain. Lintasan belang di Malaysia kebanyakannya “terpaksa” dipasang dengan lampu isyarat bagi membolehkan pengguna jalanraya berhenti bagi memberi laluan kepada pejalan kaki melintas.

Cuba bayangkan jika tiadanya lampu isyarat pada lintasan zebra. Confirm mesti ada nyawa pejalan kaki yang melayang “free” kerana kerakusan pemandu atau penunggang motorsikal main langgar je lintasan zebra. Pejalan kaki di Malaysia sudah tidak selamat menggunakan jalanraya, walaupun mereka hanyalah pejalan kaki.

Yang kesiannya pada anak-anak kita yang masih bersekolah. Di jalan yang merentangi dari sekolah ke jalan seberang biasanya ada lintasan belang. Kalau di waktu puncak, biasanya anak-anak kita mula pulang dari sekolah dan perlu melintas jalan. Tetapi ada le seorang dua manusia ni bila budak melintas, ditekannya hon kereta, kononnya suruh cepat melintas. Ada ke patut? Kadang-kadang ada yang saya perhatikan yang menunggang motor atau memandu kereta tak nak berhenti, makin laju pulak bila dekat dengan lintasan belang.

Nampaknya penguatkuasa di Malaysia harus belajar dari Singapura bagaimana hendak mendidik pengguna jalan raya menghormati pejalan kaki, yang menjadi amalan rakyat di sana.