Bandar apa lagi di Malaysia yang akan menggunakan ‘JAYA’?

 

Dengan pembangunan pesat yang berlaku di Malaysia pada hari ini dan dengan pengenalan ‘Projek Mega Rakyat’ yang telah dicetuskan oleh 2 bekas perdana menteri Malaysia sebelum ini, maka bermulalah ‘episod’ pembukaan bandar-bandar baru di negara kita yang tercinta ini.

Bermula dengan pengenalan PutraJaya sebagai sebuah Wilayah Persekutuan dan pentadbiran kerajaan pusat, selepas itu wujudlah pula Cyberjaya untuk industri IT. Kemudian yang terkini, NusaJaya serta KulaiJaya (dahulu dikenali sebagai Kulai sahaja)

Setakat rencana ini ditulis, ada beberapa buah bandar lagi yang akan dinamakan ‘Jaya’ di belakang namanya. Mungkin tidak lama lagi, di korodor pantai timur, ada le nama-nama bandar seperti Jelijaya, Ajiljaya, Pakajaya ataupun paling sedap… BesutJaya

Kalau di sebelah utara pula, Kangar mungkin akan bertukar kepada KangarJaya, atau pun bandar Baling menjadi BalingJaya. Siapa tahukan?

Kawan saya yang dah lama tidak pulang ke Johor ketawa berdekah-dekah bila nama Kulai ditukar kepada KulaiJaya. Apa yang kelakar dengan KulaiJaya?

“Bandar macam pekan Koboi ada hati nak nama Jaya. Apa ke benda….?? “ kata kawan lama saya tadi. Sampai hati kau Jizz cakap bandar Kulai macam koboi… Adusszzz…

Tapi saya pun pelik juga. Ntah bila masa bandar Kulai sekarang sudah bertukar nama menjadi Kulaijaya. Mungkin ramai yang masih tidak tahu, Kulaijaya adalah nama salah sebuah daerah di Johor yang diwartakan sebagai salah sebuah daerah yang dimajukan dalam wilayah Iskandar Malaysia. Bandar Kulai adalah ‘center’ bagi KulaiJaya.

Bagi yang duduk di sebelah utara semenanjung atau di pantai timur, dengan adanya koridor utara dan koridor pantai timur yang tengah dibangunkan tu.. harap-harap jangan hairan kalau nama bandar masing-masing akan bertukar nama, macam KulaiJaya juga…!

Apa nama bandar-bandar di Malaysia yang akan bertukar nama dengan Jayanya…?