Aznil Hj Nawawi menulis tentang Din Beramboi

image

Saya ada lah singgah sebentar ke blog Aznil Hj Nawawi dan terbaca lah latest entrynya tentang kenangannya bersama Din Beramboi.

Di antara coretan Aznil

Din kata:
“Aku nak pakai baju ala-ala konvokesyen malam tu nanti. Aku pedulik haper! Yang penting aku nak orang jerit kat aku masa red karpet”

“Kalau kau menang Nil, aku nak naik pentas jugak. Masa kau bagi ucapan, aku pose sebelah kau sebab nak tunggu giliran aku entah bila”

Tetapi semuanya sudah menjadi kenangan kepada sahabat Din Beramboi yang seorang ini. Maklumlah dah biasa bekerja berdua… Aznil tidak pasti sama ada beliau akan meneruskan kerjaya sebagai penyampai radio di Era atau sebaliknya (sumber : Metro Ahad)

Anda boleh membaca coretan Aznil Hj Nawawi di sini : Hari ini dalah harinya