Apa pencapaian anda setakat ini di bulan April?

Hari ini kita sudah pun meninggalkan bulan Mac dan telah masuk kita ke bulan yang ke-4. Bulan April. Bulan yang penuh makna bagi mereka yang suka bergurau dengan menyambut April-Fool. Hari ni saya dah terkena sekali.. April Fool…!!!! Huh!!!

Tapi bukannya April Fool yang saya nak coretkan kat sini kerana saya sendiri pun tak berminat dan tak menyukai April Fool ni…. Tapi sudah merasakan yang masa semakin pantas meninggalkan kita. Umur kita semakin lanjut, pencapaian kita masih jauh dari sasaran sebenar dan semakin hari belanja kita seharian semakin bertambah. Ada tak anda, kawan-kawan saya semua terasa yang masa  ni cepat berlalu dan macam banyak benda yang masih kita tak tercapai dengan tenaga yang ada dan kudrat yang tinggal?

Bagaimana pula dengan kerohanian kita? Adakah dengan sibuk bekerja, kita sendiri mula sudah lupa pada yang berhak? Yang sepatutnya kita meminta pertolongan dan mengucapkan syukur kepadaNya? Solat anda cukup lima waktu?

Saya rasa banyak benda yang saya masih tak tercapai setakat di bulan April ni. Seperti Blog saya yang aktif pada awal tahun ( walaupun didaftarkan domain sendiri pada Oktober 2009 ), saya masih tidak berpuas hati dengan pencapaian trafiknya.. Kini target saya mahu sehari paling busuk pun dalam 200 unique visitor sehari melawat blog ini.

Tetapi setakat ini angka 200 tu pun belum tercapai lagi, mungkin sebab Diary Rizman M.A ni baru aje 4 bulan. Walau bagaimanapun, saya amat berterima kasih kepada semua yang menyokong dan memberi komen yang membina kepada saya, terutamanya melalui komen-komen dan email-email. Tak lupa juga kepada GengBlogger yang memperkenalkan saya kepada kawan-kawan blogger yang lain.

Oleh itu, sama-samalah kita memajukan diri untuk mencapai target kita yang seterusnya untuk bulan april ni,jangan hanya tau nak April Fool kan orang aje…