Red Hot Chilie Peppers !

rhcp

Ketika tengah tak ada idea nak menulis, dengan tiba-tiba RealPlayer ku memainkan muzik dari group band barat yang saya kira.. mmmm otai le jugak. Lagu yang saya dengar tu berjudul Aeroplane persembahan dari RHCP ( Red Hot Chilie Peppers ). Lagu tu dari album ‘One Hot Minutes’ yang diterbitkan dalam sekitar tahun 1995.

Zaman saya muda-muda dulu le kan, dalam sekitat tahun 1992, lagu RHCP ni memang meletup juga.. Hari hari kalau dengar channel 98.7Mhz (Siaran Singapore, kat Johor masa tu orang semua layan siaran Singapore je…. ) boleh dikatakan tiap-tiap hari lagu RHCP ni keluar. Biasanya lagu ni le… Give It Away, Under The Bridge, Suck My Kiss…  Tiga lagu ni confirm! Tiap-tiap hari mesti keluar kat radio punye lah! Masa tu album diaorang yang launch kat Malaysia (BLOOD SUGAR SEX MAGIC) pun macam pisang panas! Kalah album-album Melayu masa tu…

 

Kalau kat area Pasir Gudang, bebudak yang kaki menconteng kat tembok ( sekarang ni dah panggil vandalisme ) mesti tulis RED HOT CHILIE PEPPER, ta kira le guna ape pun… sampai bangku bas pun abis kena kerja kan, terutamanya bas syarikat Maju dan Alec Bus.

Kalau kat sekolah. Hah! Boleh cakap le tiap-tiap hari nyanyi lagu Give It Away sambil goncang-goncang pinggang tiru trade mark Anthony Kiedes. Walaupun masa tu lagu Untuk Mu Ibu (Exist) dah mula popular, tapi lagu jadah ni juga yang dipilih.

Tetapi selepas tu, dalam tahun 1996 negara digemparkan berita bila si Flea yang bengap lagi sengal tu pergi tunjuk dia punye XXXXXXX kat wartawan, sampai malu promoter Warner Music dibuatnya. Lepas tu apa lagi…lagu-lagu RHCP diharamkan dari disiarkan di radio-radio Malaysia ( tapi yang RTM punye je… ) dan album One Hot Minutes tidak dibenar dipasarkan di Malaysia. Punya le marah abang-abang Gomen kita dari Kementerian Penerangan.

image

Tapi RHCP kembali popular dalam tahun 2000 ke atas bila album CALIFORNICATION tu keluar. Tiap-tiap hari lagu dia orang ni ada keluar radio. Dah lupa sejarah lepas.

Bagi saya, masa tu tak tau apa yang best sangat band ni, walaupun sepatah haram liriknya aku tak paham ( dulu Bahasa Inggeris tak pandai sangat masa kat sekolah), Ada kawan saya tu sampai satu album dia hafal. walaupun kebanyakan lirik nya tak senonoh langsung…. dan hampir semua ahli band nye penagih dadah tegar pada sekitar tahun album ni launch kat pasaran

Macam mana pun, band ni agak terencat kebelakangan ni bila gitarist John Frusciante umum resigned dari band RHCP.

Apa pun , RHCP memang membawa nostalgia kat saya ketika kat sekolah.. Yang paling saya tidak lupa bila ada le Hamba Allah tu.. konon nak tiru cara Flea main bass, sampai XXXXnye terhentak bass… apalagi.. masuk Hospital duduk wad seminggu.. ….. Ambik kau!!!

RIZMAN M.A

ban1 125x125 Banner-125x125 125x125