Polis bagi warning !!! Jangan babitkan isu perkauman dalam kes rogol beramai-ramai.

Beberapa hari lepas, berlaku kes rompak dan rogol beramai-ramai oleh sekumpulan perompak terhadap mangsa, seorang suri rumah yang juga seorang pelajar universiti dalam lingkungan 20-an. Kes jenayah biadap ini berlaku di Kangkar Pulai, Johor. Perompak yang datang dalam 8 orang telah merogol mangsa secara bergilir-gilir dalam rompakan dan rogol nekad.

Walaupun polis sudah menahan beberapa suspek untuk di soal siasat, tetapi telah berlaku khabar angin yang dibuat melalui SMS. SMS itu berbunyi jenayah rogol beramai-ramai ini dilakukan oleh kaum yang tertentu dan mereka sengaja memilih rumah orang melayu untuk merompak dan merogol mangsa jika di dalam rumah tersebut ada wanita. Polis Johor sudah memberi amaran ( warning ). Jangan cuba mengapi-apikan isu perkauman!!! Sebab kes masih dalam siasatan lagi dan polis juga masih merahsiakan identiti perogol-perogol yang melakukan onar dan menjadi parasit jenayah kejam di negeri Johor.

Sebenarnya hebahan memburuk-burukkan kaum tertentu disebabkan kes jenayah melalui SMS bukanlah kali pertama, malah dah banyak kali hebahan SMS berlaku. Tidak diketahui kenapa SMS berantai ni masih wujud dan cuba untuk menambahkan lagi rencah cerita kes rogol beramai-ramai.

Walau bagaimanapun, bagi saya kes rogol beramai-ramai oleh penjenayah sialan ini pun sebenarnya tidak boleh diletakkan base pada kaum sahaja, Sebab bagi saya mana-mana kaum pun akan ada kes jenayah kejam sebegini.

Dan kalau poli dah bagi warning!! Apa nak di kata? Ikut aje…. Biar mereka yang buat kerja dan mencari keadilan bagi suri rumah tadi.

Saya berharap sangat supaya keluarga pihak yang terbabit bersabar banyak-banyak dan memang berharap sangat yang merogol tu, tak kan selamat…. Putus dia punye XXX……!!!!!