Penyakit Denggi semakin merebak dan meragut nyawa, tetapi……

image

Untuk entry kali ini, saya mahu lari sedikit dari tajuk-tajuk yang biasanya saya tulis. Ini pun sebenarnya termasuk di dalam isu semasa juga, isu kemasyarakatan.

Biasanya kalau cuaca dah panas sangat, nyamuk aedes, pembawa virus denggi yang terkenal itu akan senang membiak. Nyamuk ni hanya memerlukan seminggu dari telur-kepompong – sehingga menjadi nyamuk dewasa.

Kalau di siang hari anda kena gigit nyamuk. Sah le anda bakal terkena demam denggi. Bergantung kepada jenis aedes yang menghisap darah anda. Kata doktor, nyamuk aedes yang paling jahat ada dua jenis nama.

Saya tidak berniat nak tulis secara lanjut tentang penyakit denggi ni. Semua orang tau penyakit denggi ni berbahaya dan akan menyerang tidak kira tua atau muda, budak sekolah atau budak tadika, raja atau pak menteri dan sebagainya. Tetapi permasalahan di sini ialah sikap orang kita yang tidak menjaga kebersihan di kawasan sekeliling.

Cuba tengok longkang-longkang di sekitar kawasan perumahan tu.. airnya berjalan lancar ke? Atau bertakung kerana tersumbat? Kebanyakan longkang-longkang di sekitar anda… hmm jangan cakap bohong le.. hampir 80% confirm tersumbat dek kerana perbuatan manusia itu sendiri. Buang sampah ke dalam longkang sudah menjadi budaya tegar masyarakat 1Malaysia sekarang ni…

image

Cuba tengok di sekitar kejiranan anda pula, ada tak yang menanam pokok dalam pasu, tetapi tak reti-reti nak buang air yang bertakung kat alas pasu.. Jawapannya memang ramai….

Macam mana le nyamuk aedes tak membiak? Lama-lama 10 keturunan nyamuk aedes berada dalam rumah di sinag hari. Kalau nak harapkan Majlis Perbandaran yang nak sembur rumah… bila diaorang akan datang semburkan? Biasanya bila kawasan perumahan tersebut sudah kritikal dengan wabak denggi.

Satu lagi masalah masyarakat kita, bila diajak bergotong royong bersihkan kawasan perumahan, tak mau join… bai macam-macam alasan pulak… Bila sendiri kena denggi.. meraung menyalahkan tuhan. Tapi sendiri juga tak mau jaga kebersihan.

Saya dah terkena bahana denggi ni 2 tahun lepas. Memang seksa dan amat sakit. Puncanya datang dari kawasan kejiranan yang tak reti nak tutup air hujan yang ditakung menggunakan buyung. Habis merah berbintik tangan.

Anda boleh membaca artikel tentang penyakit denggi atau malar aedes di sini ( U-Wartawan Blog )

RIZMAN M.A