Penipuan Skim Cepat Kaya melalui Internet. Tak serik-serik lagi!!!!

 image

Saya sebagai salah seorang mangsa penipuan internet dalam 4 tahun yang lepas, amat menggalakkan pengguna-pengguna internet, tidak kiralah anda siapa.. Makcik-makcik, pakcik-pakcik, penulis blog, peniaga dan sebagainya. Jauhilah skim cepat kaya yang banyak sangat dianjurkan terutamanya di Facebook, Skyper dan juga di laman-laman web atau blog yang meragukan.

Apabila anda dah terkena penangannya,,, anda akan terus melabur… sehingga duit menjadi lebur. Kebanyakan sistem skim cepat kaya di internet masih menggunakan sistem atau modus operandi yang sama… kalau tak sistem autosurf, (klik iklan dapat duit dalam beberapa minit), mereka guna pula sistem seperti HYIP ( mintak deposit, tunggu dalam beberapa hari, lepas tu dapat pulangan ). Tak lupa juga sistem yang bertopengkan MLM (Multi Level Marketing)

image

Kalau dulu deposit duit pun hanya serendah RM50, tetapi sekarang berani pulak suruh deposit RM300, lepas dalam 3 hari dapat pulangan 100%. Fulamak kayanyeeeeeee…….. Mana ada bisnes 3 hari dapat pulangan 100%. Kecuali lah anda berniaga jual barang ke… makanan ke.. yang itu memang dapat pulangan yang setimpal kerana berniaga.

Memang orang kita masih tak serik-serik. Terutamanya orang Melayu yang senang sangat ditipu. Mudah sangat percaya dengan janji-janji manis si administrator web yang menjanjikan habuan lumayan bagi melabur melalui websitenya.

Sesiapapun mesti nak duit, tapi duitnya kalau dah meragukan dan cara duit itu dilaburkan pun tak tau macam mana, lebih baik tak berduit langsung dari jadi kaya hanya sementara.

Sudah terlalu banyak skim atau web yang menjanjikan yang bukan-bukan. Tapi lepas sebulan, website tutup dan si penganjurnya lari ke luar negara.. Dan yang ditipu meraung-raung mintak balik duit yang dilaburkan tadi.. paling busuk pun duit pokok! Buat laporan polis setengah dozen pun dah tak guna… Abis tu si penipu dah lari..

Walaubagaimanapun, saya sebagai abang kepada adik-adik kita yang baru nak mengenal web, internet, facebook dan sebagainya… Berhati-hatilah dengan skim cepat kaya ni… Abang dah tulis banyak post sebelum ni tentang web-web yang meragukan di sanubari abang ni.. Jangan lepas duit hilang beribu-ribu, baru nak menyesal.. Dah tak guna masa tu…

Sayonara!