Pendidikan Seks di sekolah adalah kemestian?

image

Sudah lama pendidikan seks ketika di peringkat sekolah telah diperdebatkan sama ada dari pihak kerajaan, golongan pendidik serta masyarakat setempat. Semalam saya ada mendengar beberapa pendapat pendengar radio HotFM tentang pendidikan seks.Ini disebabkan semaikn banyak kes perempuan mengandung luar nikah dan kes membuang bayi berlaku di Malaysia sejak akhir-akhir ni. Sebut Melayu atau Malaysia sahaja, mesti orang cakap buang bayi adalah kita atau mereka. Amat sedih dengan keadaan dan statistik yang memalukan bangsa kita sendiri.

Ada yang pro dan ada yang kontra tentang hal ni. Yang kontra, mereka bersetuju pendidikan ses diwujudkan lagi pada peringkat sekolah dan diajar di dalam matapelajaran siviks atau diadakan satu subjek dinamakan pendidikan gender. Pendidikan gender bunyinya agak lembut berbanding pendidikan seks. Ini kerana masyarakat kita sendiri pun masih ‘ketakutan’ bila mendengar perkataan ‘pendidikan seks’. Apa yang sebenarnya masyarakat melayu takutkan perkataan ‘seks’ itu?

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Yang kontra pula, mereka merasakan pendidikan seks ini tidak perlu diajar kerana apa yang lebih penting, didikan agama sejak dari kecil lagi perlu diterapkan kerana dari situ kta tahu mana yang halal dan mana yang haram, mana baik dan mana yang buruk dan mana yang sah dan tidak sah.

Kalau benarlah pendidikan seks ini diwujudkan, kerajaan terpaksa juga mengkaji apa yang perlu diajar, apa sukatan pelajarannya dan guru yang bertanggungjawab boleh mengajar dan bermotivasi tinggi terhadap subjek yang diajar.

 

Permasalahannya di sini, remaja melayu sekarang bukannya seperti remaja melayu 10 atau 20 tahun yang lepas. Dengan kemudahan teknologi internet sekarang, videostream porno mudah ditonton, DVD pun senang dapat secara ‘black market’. Bila sudah menonton, mereka nak mencuba buat sendiri… Ye le kan kerana dek mendengar kata hati yang sudahpun disemai dengan bisikan manis si syaitan laknatullah… maka mereka pun ‘buat le projek!!!!’ lepas tu lahirlah bayi yang tidak berdosa… maka pun dibuang…

Pendidikan seks bukanlah salah satu penyelesaian atau kaedah untuk menghindarkan kes pembuangan bayi. Masyarakat kita yang mula terbuka dengan seks (kecuali orang-orang kampung). Ibu-bapa yang mempunyai anak remaja pun sepatutnya memainkan peranan untuk mula mengajar pendidikan seks secara berkias kepada anak-anak mereka. Jangan semuanya nak harapkan guru atau kerajaan aje…. Nanti anak sendiri termengandung nanti.. kan ke susah!