Pemandu Singapura kurang ajar kat lebuhraya. Bawak kereta macam XXXXXX

Kebetulan selepas pulang melawat isteri dan anak di Batu Pahat, saya memandu pulang ke Pasir Gudang. Oleh itu, lebuhraya Utara-Selatan lah yang paling senang untuk pulang ke Johor Bahru. Selain saya, kawan saya ( namanya saya perkenalkan Li sahaja ) mengikut saya pulang. Ambil dia di Parit Raja.

Di persimpangan trafic light menuju ke Plaza Tol Air Hitam, macam biasalah. Kena le bersabar bila berada di dalam kesesakan. Nak lepaskan lampu hijau je dah dekat 15 minit. Sedang menunggu giliran untuk ambil tiket tol, dengan tiba-tiba sebuah kereta Mitsubishi Galant plet Singapura memotong barisan di depan kereta saya. Dengan muka merah padam dan hati panas… saya membunyikan hon protes tanda tak puas hati…. tetapi biasa le kan.. orang Singapura ni memang celaka… tak reti nak angkat tangan minta maaf ke… apa laaa…  terus memecut laju dengan bangganya. Mentang-mentang le kereta aku ni kecik… tak boleh nak kejar.. lagi menganjing kita pulak?

Itu satu hal bro…!!!

Cuba kalau anda menuju ke selatan, kereta jenis apakah yang paling laju di atas lebuhraya Utara Selatan ni… Bawa kereta sehingga mencecah 200kmj? Apa yang saya perhatikan kebanyakannya datang dari plet Singapura. Bawa kereta macam nak racing kat Litar Sepang. Bila ada kenderaan di lorong kanan yang sedang memotong, siap bagi lampu tinggi pulak… Tak pun ‘ditonjolnya’ kereta plet Malaysia suruh ke kiri…

Tapi hati lagi panas bila kita sedang nak memotong lori, ada pulak barua Singapore Hanjing bagi lampu tinggi kat aku.. Aku dengan hati panas balas le balik lampu tinggi.. Nak kejar tak boleh pasal kereta dia laju sangat… (kereta Merz bro.. memang tak boleh nak kejar pun..)

Kita atau kerajaan terlalu bagi muka kat orang Singapore.. sampai sanggup buli kita kat Highway…. Adil ke macam tu? Saya tau tak semua warga Singapore macam tu.. tapi kalau sendiri dah terkena.. Ini sudah lebihhh…..!!!!!

Minta maaf, mungkin entry ni macam marah je tulisannya, tapi memang tengah marah pun…