Pantai Minyak Beku yang sudah tak beku-beku lagi!

Untuk entry kali ini, saya hendak cerita tentang kunjungan saya ke salah sebuah pantai di Malaysia di sebelah barat. Pantai ni dinamakan Pantai Minyak Beku. Pantai ni dinamakan Pantai Minyak Beku bersempena dengan sebuah kampung. Kampung tu pula bernama Kg. Minyak Beku.

Kalau anda rasa pantai ni ada minyak yang berbeku, anda salah. Pantai ni tidak berminyak dan tak ada pun minyak yang berbeku.

Memang ramai pengunjung atau pelawat yang datang ke pantai ni. Jauhnya dari bandar Batu Pahat lebih kurang 15km. Untuk ke Pantai Minyak Beku, anda kena melalui jalan yang berbengkang bengkok, melalui perkuburan Cina dan juga kena melalui perkampungan orang Cina sebelum sampai ke pantai yang dimaksudkan.

Bila saya sampai ke sana, memang benar ramai pelawat-pelawat yang keluar masuk untuk menikmati hidangan atau bersarapan pagi di sebuah warung berhampiran dengan pantai. Ada juga yang memancing ikan di tepi atau persisiran pantai.

<KENOX S760  / Samsung S760> <KENOX S760  / Samsung S760>

Tetapi entah kenapakan? Kalau pergi ke pantai, mata saya mesti sakit. Sakit mata dan sakit hati kerana benda-benda di bawah.

<KENOX S760  / Samsung S760> <KENOX S760  / Samsung S760>

Mesti ada sampah, sampah dan sampah. Kenapa le masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tak ada sivik…. buang sampah ke pantai. Mentang-mentang le pantai ni ‘free’ tak payah bayar dan tak de tiket masuk, suka hati je buang.

Kalau nak tunggu pihak Majlis Perbandaran yang bersihkan… hmm tak tau le bila diaorang nak buat. Masih ramai orang-orang di Malaysia dah rendah nilai siviknya dan tak tahu menghargai kurniaan tuhan kepada kita.

Walaupun begitu, saya terpegun melihat batuan-batuan di tepi pantai ni. Bagi saya cantik le batu tu.. tak tau le kalau orang lain.

<KENOX S760  / Samsung S760> <KENOX S760  / Samsung S760>

Selain pantai, kata orang tidak sah kalau kita tak singgah ke perigi Batu Pahat. Perigi Batu Pahat hanya bersebelahan dengan Balai Polis Minyak Beku.

Hmm…. saya dan isteri pun cuba le masuk ke dalam kawasan balai polis. Sebab papan tanda ‘Perigi Batu Pahat’ tu terletak di dalam kawasan balai. Tapi hampa tak jumpa.

<KENOX S760  / Samsung S760> <KENOX S760  / Samsung S760>

<KENOX S760  / Samsung S760>

Tapi sebenarnya kami tertipu. Kalau cari kat dalam kawasan balai, memang sampai bila-bila pun tak jumpa.

Perigi tersebut sebenarnya terletak di sebelah luar balai polis dan perigi tersebut terletak kat dalam batuan.

<KENOX S760  / Samsung S760>

Laaa ni ke periginya… Macam lopak air biasa je…….?

Hmm.. aku ingatkan periginya luas le.. tapi panjanynya 4 kaki pun tak sampai.

Anyway, kalau anda ke Pantai Minyak Beku. Jangan lupa singgah ke periginya sekali. Anda pasti teruja!!!!

Gambar di bawah adalah gambar keluarga dan beberapa photoshot ketika berkunjung ke Pantai Minyak Beku…