Lembu yang bernama ‘Ayah Pin’ ada facebook sendiri. Siap hina nabi lagi!

image

Hari ni entry saya mungkin agak kasar kerana saya tidak suka orang yang menghina agama islam secara terang-terangan.

Anda kenal lembu di atas?

Ayah Pin terkenal dengan kerajaan langitnya di Terengganu beberapa tahun yang lepas. Tetapi apabila serbuan dilakukan di markasnya, beliau menghilangkan diri manakala isteri-isterinya diberkas serta beberapa pengikut ajaran sesatnya ditangkap.

Kononnya lembu ini berlari ke selatan Thailand. Kat bawah ni surat akuan dia le kononnya lembu ni dah keluar dari agama islam.

image

Tetapi yang saya tak boleh tahan dan panas hati, dia ada akaun facebook sendiri (menggunakan nickname Arifin Muhammad) dan melalui facebook secara terang-terangan mengutuk islam dan menghina nabi. Apabila baca dia punya soalan berbunyi di bawah:-

Favorite Quotations:

Kenapa orang Islam perlu percaya kepada 'nabi' mereka bernama Muhammad?

Tak ke panas hati bila baca ayat di atas?

ayahpinfb

Saya tidak menafikan ada penyamar yang mencipta pengguna bernama ‘Ayah Pin’ atau pun mungkin pengikut Ayah Pin yang mencipta laman FB ni untuk menghina Islam melalui siber pula. Walaubagaimana pun, kerajaan harus menyiasat dan ambil tindakan.

Sekarang banyak sangat web-web yang menghina Islam datangnya dari luar negara, adakah cukup dengan membuat pantauan sahaja?