Kesian cikgu baru….!!!

Teacher

Di muka surat depan sebuah akhbar arus perdana, keluarlah sebuah tajuk yang bakal menakutkan guru-guru yang baru keluar dari Universiti atau Institut perguruan. Tajuknya ialah ‘GURU WAJIB KE LUAR BANDAR’.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa Guru baru akan diwajibkan bertugas di pedalaman dan luar bandar di antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan bagi mengatasi masalah kekurangan guru di kawasan pedalaman dan di luar bandar. Sebagai galakan, mereka akan diberi ganjaran yang diharap dapat mengatasi kekurangan guru di kawasan yang telah dinyatakan tadi.

Hmmm.. Kebiasaannya kalau guru yang dah lama mengajar di kawasan bandar atau yang tempat membangun, adalah mustahil bagi guru tersebut berpindah ke luar bandar. Mungkin sebab guru tu pun dah ada beli aset kat bandar ( contohnya rumah ). Tak mungkin guru tu nak pindah. Sayang rumah tu beb. Melainkan kalau dia duduk kuarters guru.

Satu cara ialah guru baru yang akan dihantar ke luar bandar atau di pedalaman. Kalau kena hantar di Sarawak misalnya, elaun dibayar adalah RM1500. Tetapi guru tersebut pasti menerima cabaran untuk mengajar di sana. Bayangkan kalau sekolahnya di seberang sungai. Mau tak nye kena naik sampan ke sekolah sama seperti pelajar-pelajarnya naik sampan untuk ke sekolah.

Satu lagi cabaran, guru kena melayan kerenah murid atau pelajar-pelajarnya yang semuanya berasal dari luar bandar atau pedalaman. Melayan dan mengajar murid atau pelajar dari pedalaman sebenarnya tidak sama dengan mengajar murid di bandar. Guru tersebut terbukti hebat jika dapat membawa pelajarnya cemerlang dalam pelajaran, tetapi akan dipandang sinis jika gagal mengajar dan memandaikan pelajar-pelajar pedalaman. Tidak semua IQ pelajar-pelajar pedalaman itu adalah tinggi.. Guru yang mengajar juga terpaksalah bersabar.

Kalau hantar guru baru terus ke pedalaman dan guru tersebut tak berkualiti, rasanya sama aje cerita.. Lagi le bila terima cabaran yang macam-macam. Lemah semangat terus!

Oleh itu kepada guru-guru baru, kalau kena hantar ke pedalaman bersiaplah untuk cabaran yang seterusnya. Jadikan cabaran itu sebagai pengalaman, bukannya sebagai bebanan,

RIZMAN M.A