Jenayah membawa padah! Tetapi adakah orang kita sedar…???

image

Setiap minggu saya pasti menonton siri 999 kat TV3 tu, tak pun ada le juga nengok cerita CSI kat AXN ataupun NTV7. Bila menonton siri 999 tu… saya pun bertanya di dalam hati.

“Kenapa jenayah masih lagi berlaku?”.

“Kenapa orang kita tau nak komplen polis je.. suruh tangkap tu, tangkap ni.. tapi sendiri pakai gelang sampai ke lengan (kaki pun ada) tak sedar pulak?”

“Bila polis tak dapat tangkap penjenayah, tau pulak marah! Tapi bila ada berlaku jenayah depan mata, tak nak report, reti tengok je….”

Inilah masalahnya pada orang-orang kita… Budaya memaki dan komplen polis dah jadi lumrah bila polis gagal menyelesaikan masalah ( Terutamanya penceramah parti pembangkang yang sanggup cakap polis XXXXX,makan bXXi… baru-baru ni kat sebuah lokasi rahsia di Pasir Gudang ), tetapi bila suruh membantu polis, tak mau le pulak….!!! Datang ke rumah dia aje… dah siap pasang penggera keselamatan le pulak…. tau pun takut…!!!

Yang perempuannya pulak, keluar rumah bawak beg sandang besar, nak tunjuk bawak duit banyak kat kejiranan setempat.. Bila kena ragut nak salahkan orang lain…. Hadoiiiiiii…..!!!!

Tak tau le apa nak jadi dengan orang kita sekarang ni.. Budaya prihatin semakin menipis, tetapi budaya mengkondem pihak berkuasa bila berlaku sesuatu dah menjadi menebal…

Tak ada siapa yang boleh mengubah sikap sebegini, melainkan diri kita sendiri untuk membantu mengurangkan jenayah. Masalahnya orang kita hanya mengharapkan ganjaran. Tangkap perompak je dapat RM100 000…  Ada ke setiap kali polis nak menawarkan ganjaran je… Pikir le sendiri….