Bila baca blog orang lain, sudi-sudilah kamu sekiranya….!!!

images

Sebagai seorang blogger sejati, sudah pasti geng-geng semua menulis dan terus menulis. Ye laa.. tak kan nak tengok blog sendiri bersawang macam tu je… Kalau tak de entry, maka bersiap sedialah blog anda untuk ‘dikebumikan’ oleh Google atau pencari enjin yang lain. Sebab saingan SEO untuk blog semakin rancak dan jika blog anda mati, bermakna mereka menganggap anda pun dah mati…. ish sedihnya diaorang buat macam tu kat kita kan?

Tapi saya bukan nak tulis entry pasal menulis blog. Kali ini entry saya berkenaan dengan apa yang kita perlu buat apabila melawat blog orang lain. Ye le kan… siapa lagi yang nak support penulis blog melayu tegar macam kawan-kawan kita yang kat luar tu..? Kita le juga…

Sebagai penulis blog, kita hanya jangan syok sendiri menulis dengan harapan ada orang baca blog kita…  Kalau diikutkan 70% yang membaca blog kita terdiri dari orang yang pernah atau memang ada blog sendiri. Penulis-penulis blog yang lain adalah sebenarnya penyumbang yang terbanyak bagi trafik kau orang! Sedar ke tak sedar ni?

Kalau dah sedar.. apa kata kita melawat rakan-rakan kita yang lain pulak. Mereka perlukan sokongan kita. Tetapi apa yang perlu anda buat bila melawat ‘rumah’ rakan-rakan kita yang lain?

1.) Seelok-eloknya baca le apa yang dia orang tulis sampai habis! Ini baca sekerat jalan je… Ada ke patut? Hargai le tulisan orang lain. Baca le sampai habis!

2.) Selepas membaca tulisan atau entry, apa kata anda tinggalkan komen yang membina pada entry yang telah ditulis. Baru le ada semangat si penulis tu..  Ini lepas baca.. tak ada bagi kata perangsang pun…? Jangan-jangan yang membaca tadi tu dalam kategori nombor 1 tadi tu tak? (Baca sekerat jalan, lepas tu blah…. )

3.) Kalau masuk CBOX ke, shout mix ke…, seelok-eloknya bagi le salam… Paling ringkas.. Salam.. Tapi jangan setakat nak memenuhkan CBOX je.. baca le entry blog tu sampai habis..

4.) Kalau yang mintak donation untuk blog diaorang.. Apa kata kita derma.. Paling kurang pun USD 1 (RM3.25) sebagai perangsang kepada si penulis blog… Tapi derma ikhlas…

Itu le 4 prinsipal yang saya gunakan bila melawat blog orang lain. Mereka perlukan sokongan anda, dan anda juga perlukan sokongan dari mereka. Tanpa mereka dan anda, blogger Malaysia tak kan meriah.. Betul tak cogan kata aku tadi… He he…

Ada yang nak tambah selain daripada 4 yang di atas tu?

RIZMAN MA

125x125 125x125 ban1