Apabila benci dengan Nuffnang!!

image[2]

Rentetan dari penulisan saya yang terdahulu ( Apabila kecewa dengan Nuffnang!! ), ramai yang memberikan komen pada entry saya tersebut. Terima kasih.

Terdapat beberapa penulis blog yang mungkin marahkan Nuffnang kerana hasil pendapatan yang tidak berbaloi dengan usaha mereka menulis blog, dengan Nuffnang yang amat jarang-jarang memaparkan iklan walaupun entry dan pengunjung blog yang ramai, maka mereka telah mewujudkan blog-blog yang menghentam Nuffnang.

Sekiranya anda pergi mencarinya sendiri di Google ( dengan Keywords ‘Nuffnang’ dan ‘Fail” ) maka keputusan cariannya memang banyak. Beberapa website dan blog ‘kekecewaan’ penulis blog terhadap Nuffnang, anda boleh baca di sini.

Di antara blog yang tersenarai ialah NUFFNANG TIMOTHY TIAH. Tujuan blog ini diwujudkan ialah semata-mata menghentam kelemahan yang ada pada Nuffnang ( mungkin juga mengkritik ) dan kondemkan Nuffnang. Saya rasa pemilik blog ini mungkin bekas pekerja ataupun pernah JV (joint venture) dengan Nuffnang satu ketika dahulu.

Anda boleh membacanya sendiri tentang komen si pemilik blog dan artikelnya berkaitan dengan Nuffnang. Saya tidak mahu membuat ulasan yang terperinci terhadap blog sebegini.

Bagi saya pula, website atau blog seperti inilah yang akan ‘meruntuhkan’ semangat penulis blog kita. Elok-elok yang bersemangat nak masuk entry 3 kali seminggu, mungkin akan terus tidak menulis disebabkan ‘kebenaran’ dair informasi yang disalurkan oleh Timothy Tiah. Ditambah lagi dengan Nuffnang yang sentiasa zzz zzz zzz zzz zzz zzz. Tiap-tiap hari asyik zz zzz zzz zz menambah lagi kebencian penulis blog seperti Timothy Tiah pada Nuffnang

Seperti di post yang lalu, Nuffnang juga bergantung pada syarikat yang menggunakan perkhidmatannya untuk mengiklan. Nuffnang juga kena bayar gaji pekerja dan perlu juga mencari pelanggan. Oleh itu tak payah nak marah-marah sangat bila Nuffnang asyik tidur aje.

RIZMAN M.A