Apa dah jadi dengan JustTheRanger Blog???

Terasa pagi-pagi nak buka website GengBlogger, nak baca post dan entry terkini dari rakan-rakan saya di sana.

Pada beberapa minggu yang lalu, heboh satu dunia di GengBlogger sebab sebuah blog yang ditulis memplagiat entry dari blog yang lain. Saya pun dah lama tak baca blog JustTheRanger tu… yang dikatakan memplagiat entry Justkhai.com. Hasilnya blog itu dikutuk habis-habisan oleh ahli-ahli GengBlogger yang lain. Rata-rata mengutuk sahaja. Bukannya memberi nasihat supaya entry itu ditarik balik ke…, di deletekan sahaja atau permohonan maaf kepada Justkhai…

Akhirnya apa dah jadi dengan blog JustTheRanger? Cuba baca entry dia? Seperti mahu bergaduh pulak dengan Justkhai?

Sebenarnya saya sendiri pun tidak menyokong tindakan JustTheRanger memplagiat hasil tulisan orang lain, tetapi di GengBlogger sekarang sudah menjadi trend pulak… antara bloggers / penulis blog sama-sama mahu menghentam sesama sendiri, sama ada melalui forum GengBlogger ataupun menulis entry yang boleh menyebabkan pergaduhan yang berpanjangan.

Sudah sudah le tu… Penulis blog Malaysia ni pun tak semuanya popular seluruh dunia… Cuma popular kat negara sendiri…. Ye le tulis pun Bahasa Melayu… Tak payah le nak bergaduh…