Anugerah Bintang Popular 2009! Ada sesiapa yang pergi mengundi?

abp_02

Kemuncak ABPBH 2009 anjuran Berita Harian dah nak hampir ke kemuncaknya. Tak lama je lagi. 4 April adalah acara kemuncak dan Berita Harian sebagai penganjur mula le mempromosikan ABP ni kepada pembaca-pembaca setianya untuk memilih calon-calon artis kesayangan mereka. Mesti ingat. Ini undian untuk POPULARITY, bukannya HASIL KERJA artis okey!!!

Kata Berita Harian, proses kiraan undi dibuat setiap hari dan analisis undian juga dipaparkan setiap hari kepada pembaca, contohnya kenapa artis sekian-sekian dapat undi rendah, kenapa artis ni dapat undi sama rata dan sebagainya.

Anyway, bila acara kemuncak dah sampai, terutamanya masa red karpet nanti… sama-sama kita saksikan artis terlampau menayangkan baju dan aksesori tajaan penaja masing-masing. Conform tiap-tiap tahun rekaan Rizalman dan emas Habib Jewel pasti dalam senarai. Yeaahh….!!!

Soalan akhir… adakah anda sudah mengundi artis kesayangan anda tu.. Undian hanya melalui keratan akhbar (borang) sahaja. Tiada SMS charge 50 sen per SMS. Hanya modal duit setem 30sen… Undi jangan tak undi…..!!!