Al-Fatihah! Allahyarham Salmah Bte Waliasa

Di kesempatan ini, saya ingin memberitahu kepada rakan Geng Blogger semua bahawa ibu saya, Allahyarham Salmah Bte Waliasa telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 1 Mac 2010 pada jam 11:20 malam. Walau bagaimana pun, saya hanya dapat makluman dari adik saya pada jam 11:45 malam. Beliau meninggal dunia akibat sakit ketumbuhan di bahagian kepala.

Sesungguhnya jasa ibu saya terhadap kami adik beradik begitu besar sekali dan saya tidak mampu membalas jasa dan budi baiknya selama hayatnya di dunia. Walaupun sebenarnya ibu saya garang orangnya ketika saya kecil, namun jasanya bila menyelamatkan saya dan adik saya dari mangsa kebakaran ( bantal terbakar di bilik ) masih lagi diingati oleh kami adik beradik.

Ibu saya juga yang banyak support saya ketika belajar di UTM. Segala luahan hati saya juga saya beritahu kepada beliau. Tapi apakan daya? Allah SWT lebih menyayangi beliau dan saya redha dengan pemergiannya. Insya-Allah ibu saya akan dimandikan dan dikafan pada pagi ini dan akan disemadikan selepas Zuhur.

Untuk ibuku Allahyarhamah Salmah. Hanya doa kami mampu dan semoga ibu tenang dan ditempatkan bersama dengan orang yang soleh. Al-Fatihah

RIZMAN M.A